Cara Berniaga Di Shopee - Tips Berharga! - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, October 1, 2019

Cara Berniaga Di Shopee - Tips Berharga!

Ini rahsia cara berniaga di Shopee yang perlu anda tahu! Tips percuma ini amat berharga jika anda benar-benar serius berniaga di Shopee. Kita semua mengetahui Shopee adalah platform laman membeli belah secara online yang paling popular sekali di Malaysia selepas Lazada. Nak barang atau produk apa sahaja, kebanyakannya anda boleh mendapatkan di Shopee!

Tahukah anda, setiap hari, jumlah transaksi melalui pembelian barangan di Shopee Malaysia mampu mencapai puluhan ribu ringgit? Begitu hebat bukan? Jadi anda tunggu apa lagi. Jual barangan anda segera di Shopee sekarang.

Cara-cara berniaga di Shopee Malaysia
Sebelum anda mula berniaga di Shopee, perlunya anda mengetahui beberapa tips bagaimana cara berniaga melalui laman membeli belah ini. Tanpa mengetahui cara yang sebenar, anda tidak dapat bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang turut sama menjual barangan yang sama dengan produk anda.
Shopee logo
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang perlu anda ketahui sebelum anda bermula berniaga disini. Bayangkan, Shopee adalah sebuah pasar malam yang penuh dengan pengunjung yang mencari pelbagai barangan untuk memenuhi kehendak mereka dan anda adalah salah satu penjual di pasar malam tersebut.

Daripada sini, anda boleh bayangkan apa yang patut anda lakukan agar barangan anda terjual dengan segera. Beza pasar malam dengan Shopee adalah pasar malam, pembeli dapat melihat produk anda terus kepada produk tersebut tetapi di Shopee mereka hanya dapat melihat photo mengenai produk yang anda jual. Jadi bagaimana melakukannya? Mari belajar tips ini!

Tips penting berniaga di Shopee
1) Ketahui apakah produk anda ingin jual
Sebelum anda ingin menjual di Shopee, betapa pentingnya anda mengetahui mengenai produk anda sendiri sejauh manakah produk anda mendapat permintaan oleh orang ramai. Jika produk anda mudah diperolehi di mana-mana kedai, agak sukar untuk menjual produk anda tersebut kecuali produk anda benar-benar  murah.

Kebanyakan pelanggan telah mengetahui nilai sesuatu barangan kerana sebelum mereka mencarinya di Shopee, mereka telah melihat harga barangan yang mereka hendak cari di mana-mana kedai atau pasaraya. Kesimpulannya disini, biar harga yang anda letakkan di Shopee lebih murah berbanding harga yang dijual di luar.

2) Lihat persaingan produk
Anda jangan terkejut kerana produk yang anda ingin jual, telah ada penjual lain yang menjualnya di Shopee. Apa yang paling penting lihat berapakah harga yang diletakkan oleh pesaing anda di Shopee. Sesetengah dari penjual meletakkan harga benar-benar murah dan ini menyukarkan anda menjual produk anda jika anda meletakkan harga yang mahal berbanding pesaing anda.

Pelajarannya disini, betapa pentingnya anda mendapatkan produk terus dari kilang agar anda mampu bersaing dengan peniaga-peniaga yang menjual produk yang sama. Kebanyakan penjual di Shopee, mereka mendapatkan stok barangan mereka terus dari kilang dan menjualnya semula dengan harga pasaran.

Contohnya produk mengenai asesori telefon, anda mendapatkan stok asesori telefon di Kuala Lumpur dan menjualnya semula di Shopee tetapi pesaing anda mendapatkan stok asesori telefon dari negara China dengan harga yang lebih murah. Jadi bagaimanakan anda mampu bersaing dengan mereka?

3) Photo mengenai produk anda
Rahsia utama mengenai produk anda terjual dengan cepat adalah mengenai photo tentang produk yang anda ingin jual. Tahukah anda, di Shopee, pelanggan hanya mampu melihat melalui photo mengenai produk dan betapa pentingnya anda menggunakan photo yang benar-benar berkualiti untuk memudahkan pelanggan melihat produk anda benar-benar jelas.

Letakkan diri anda sebagai pelanggan untuk membeli produk melalui dalam talian. Tentunya anda sendiri ingin melihat photo produk tersebut dengan jelas bukan? Jadi, jangan abaikan tips ini kerana ia boleh mempengaruhi pelanggan anda secara tidak langsung.

4) Penerangan mengenai produk anda
Selepas anda meletakkan photo mengenai produk di Shopee, perlunya anda menulis penerangan secara detail mengenai produk anda. Biar produk diterangkan secara jelas agar pembeli tahu mengenai produk anda.

Penerangan mengenai produk, biarlah ringkas dan padat dengan kata kunci tetapi jangan meletakkan kata kunci secara keterlaluan kerana boleh dianggap spam!

5) Ketahui bagaimana sistem Shopee berfungsi
Web e-dagang Shopee adalah web shopping online yang paling mesra pengguna. Simple tetapi menarik. Berita baik, web ini boleh ditukar ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu perkara paling penting sekali, belajar bersungguh-sungguh bagaimana sistem Shopee berfungsi.

Perkara yang patut anda belajar senbelum menjual disini adalah, mengenai terma dan syarat syarikat, cara membuka kedai online, sistem pengeposan, tips upload photo produk, nama produk, ketegori produk, penerangan produk, tag, auto reply message, return produk, nombor trekking, dan banyak lagi.

6) Customer first
Di dalam perniagaan online, perkara yang paling penting anda harus jaga adalah pelanggan anda. Lakukan yang terbaik kepada mereka apabila pelanggan anda melakukan pesanan atau tempahan. Setiap kali pelanggan anda bertanya mengenai produk anda, jawab dengan segera mengenai pertanyaan mereka.

Selain itu, cara packing tentang produk anda haruslah terbaik biar mereka berpuas hati mengenainya kerana dampak buruknya jika anda tidak melakukan pembungkusan dengan sempurna, pelanggan berhak memberikan komen negatif dan pemberian bintang yang rendah kepada kedai online anda di Shopee.

Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pandangan pelanggan online terhadap perniagaan anda di Shopee.

7) Pos produk dengan segera
Sebaik mendapat tempahan, lakukan penghantaran dengan segera kepada pelanggan anda. Pelanggan maya mahu produk yang ditempah segera sampai kepada mereka. Jadi jangan sesekali berlengah-lengah mengenai penghantaran.

8) Jangan sesekali menipu pelanggan anda
Jika mahu perniagaan anda di Shopee bertahan lama, jangan sesekali cuba menipu pelanggan anda kerana selalunya benda yang tidak baik kita lakukan akan berakhir hal yang tidak baik juga mengenai perniagaan  kita.

Baca Juga: Bolekah produk China dibeli secara online?

Biarlah kita jujur dan bersaing secara sihat dengan pesaing kita. Hargailah pelanggan anda dan begitu juga pelanggan akan menghargai anda.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: October 01, 2019

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.