Pertanian cili di
negara kita tidak asing lagi kerana ia adalah satu keperluan bagi kebanyakkan
rakyat di negara ini. Bayangkan, setiap hari hampir semua orang memerlukan cili untuk digunakan di dalam
masakan.
Dari gerai-gerai
pula, restoran-restoran dan kilang-kilang memerlukan bekalan cili dengan jumlah yang
banyak untuk kegunaan mereka.
Jadi jika anda
sudah melihat peluang-peluang yang terhidang ini, mengapakah anda tidak
mengambil peluang ini untuk mengusahakan tanah-tanah anda yang telah terbiar
sekian lama itu?
Memang tidak
dinafikan, telah ramai masyarakat kita telah mengambil peluang untuk
menanam cili ini untuk dipasarkan di
pasaran tempatan. Apa yang penulis telah
dengar, mereka mampu memperolehi pendapatan beribu semusim dengan hanya menanam
cili sahaja.
![]() |
Photo by Nazir Amin Licenced via Creative Common |
Tahukah anda, sos
cili jenama terkenal seperti Life, sos cili jenama Maggi dan pelbagai lagi
jenama sos cili tempatan memerlukan bekalan cili yang amat banyak bagi
menampung keperluan pasaran?
Kini, pertaniaan
bukan lagi satu bidang yang dipandang rendah dikalangan masyarakat kita kerana
ia mampu menjana pendapatan yang menguntungkan jika diusahakan secara
besar-besaran bagi tujuan komersial.
Sebenarnya, cili
ini mempunyai banyak varietinya. Oleh itu perlunya anda mengenal pasti
jenis-jenis cili yang memiliki harga yang baik di pasaran tempatan. Berdasarkan
pemerhatian penulis sendiri, varieti cili bersaiz besar yang mempunyai pasaran
yang baik adalah seperti cili Kulai, cili Big Johor, Sakata 461.
Bagi varieti cili
bersaiz kecil pula, harga yang begitu baik adalah cili kampung atau dikenali
dengan nama lain adalah cili burung, cili centil atau cili bara.
Selain itu, cili
Taiwan juga mempunyai pasaran yang baik bagi pasaran kedai- kedai makan seperti kedai Cina
dan juga kedai makan India.
Anda juga harus
bijak menilai apakah vareti cili yang disukai oleh masyarakat di tempat anda
tinggal kerana sesetengah tempat, terdapat masyarakat menyukai jenis cili
tertentu bagi masakan tertentu.
Misalnya di Kelantan, cili Solok putih
mempunyai harga yang bagus di negeri tersebut kerana mereka mempunyai menu
masakan yang unik bagi jili jenis ini.
Begitu juga di
Sabah, cili yang dikenali sebagai cili putih Sabah, mempunyai pasaran yang
begitu baik bagi pasaran tempatan kerana cili ini amat disukai oleh masyarakat
di negeri tersebut kerana mereka mempunyai resepi yang begitu istemewa bagi
cili putih ini.
Cara penanaman
cili yang begitu popular sekali pada masa kini adalah dengan menggunakan sistem
fertigasi. Walaupun sistem penanaman cara ini mempunyai kos yang agak mahal,
tetapi ia mampu mengurangkan kos bagi meracun rumput liar dan mengurangkan
tenaga kerja bagi penyiraman.
Cadangan penulis,
hadirlah dahulu krusus-krusus bagi penanaman cili dengan cara yang betul dan
juga menghadiri krusus pertanian dengan sistem fertigasi agar usaha anda
berhasil hendaknya.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.