Mengapa Produk China Popular Di Malaysia? - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Wednesday, December 5, 2018

Mengapa Produk China Popular Di Malaysia?

Seperti yang kita tahu, negara China mempunyai bahan mentah yang amat banyak hingga negara tersebut mampu berupaya mencipta apa sahaja produk yang diingini mereka.

Kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh negara berkenaan mempunyai potensi untuk dipasarkan ke seluruh dunia.

Sebab itu lah kita tidak hairan, kebanyakan produk seperti pakaian, peralatan elektronik, permainan, atau apa sahaja produk adalah berasal dari negara China.

Sebenarnya bukan sahaja di Malaysia, negara China telah menjual banyak produk mereka ke serata dunia.

Negara China mempunyai kilang-kilang pembuatan yang begitu banyak berserta dengan mesin-mesin yang canggih yang tiada dijual di Malaysia.
Shopping Produk China
Photo by, Mohammed Hassan, Licenced Via Creative Commons
Oleh sebab itu, rakyat di negara kita terpaksa bergantung hampir kebanyakan produk yang dikeluarkan dari negara berkenaan.

Selain itu juga, produk dari China mempunyai kualiti produk  yang berbeza-beza bergantung kepada harga yang ditawarkan.

Kerana mata wang Malaysia yang lebih tinggi berbanding dengan mata wang China, rakyat di negara ini mengambil kesempatan untuk mendapatkan produk dari negara tersebut dengan harga yang amat murah dan menjualnya semula di Malysia dengan harga pasaran.

Oleh sebab itulah produk di negara China begitu popular di negara kita.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: December 05, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.