Berapakah Jumlah Helaian Rambut Gugur Normal Setiap Hari? - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, December 6, 2018

Berapakah Jumlah Helaian Rambut Gugur Normal Setiap Hari?

Kadang-kadang semasa kita mandi atau bersyampu, dan semasa kita mencuci rambut kita dengan air bersih, kita dapati terdapat banyakhelaian  rambut kita gugur.

Ini akan menyebabkan kita merasa risau atau takut mengenainya dan anda beranggapan, anda mempunyai masalah keguguran rambut yang serius.

Sebagai pengetahuan anda, adalah normal untuk anda dapati setiap kali anda membasuh rambut, anda akan dapati terdapat  helaian rambut anda yang gugur.

Adakalanya anda dapati helaian rambut yang gugur mungkin banyak tetapi ia sebenarnya masih di paras yang normal.
Rambut gugur
Picture by, Kalhh, Licenced Via Creative Commons
Sekiranya anda mengalami kegugurun rambut yang luar biasa misalnya terdapat tompokan rambut yang gugur dalam jumlah yang banyak, atau pada bahagian kepala anda terdapat bintik-bintik botak, ia sebagai petanda amaran anda harus berjumpa doktor bahagian dermatologi untuk mengetahui punca tersebut berlaku.

Merujuk kepada American Academy of Dermatologist, keguguran rambut di dalam helaian 50 hingga 100 helai setiap hari adalah masih dikirakan normal.

Setiap orang mempunyai  folikel rambut di dalam anggaran 100,00 helai ataupun lebih daripada jumlah tersebut.

Oleh yang demikian, keguguran rambut yang anda alami masih di tahap yang normal. Anda disaran untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah untuk mengetahui cara-cara penjagaan rambut yang betul. Rujukan - Healhtline.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: December 06, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.