Beberapa tahun ini, nama Grab Car di negara kita telah
melonjak tinggi disebabkan ia adalah sebuah kenderaan perkhidmatan untuk
penumpang yang mesra rakyat.
Maksudnya disini, Grab Car amat mudah ditempah oleh orang
ramai dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja.
Selain itu, Grab Car juga mempunyai perkhidmatan kenderaan
yang cukup baya. Anda tempeh Grab Car, ia akan datang kepada anda sesegera
mungkin tanpa banyak alasan.
Kos sara hidup tinggi
Kita tidak nafikan, kos sara hidup di negara kita semakin
tinggi disebabkan kenaikan harga minyak yang tidak menentu menyebabkan kenaikan
kos barangan yang semakin hari semakin naik dan penurunannya pula tidak mungkin
berlaku.
Disebabkan oleh kos hidup yang tinggi itu, ada baiknya anda
menjadi pemandu Grab Car untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.
Sebagai pendapatan sampingan
Tidak dinafikan, menjadi pemandu Grab Car menjadikan anda
mempunyai pendapatan sampingan selain dari gaji yang anda miliki sekarang.
![]() |
Photo Credit: Grab Car Malaysia |
Seronok bukan? Anda bekerja sebagai pemandu lori pada
sebelah siang dan sebagai pemandu Grab Car pada sebelah malam. Ia sudah
tentunya satu pengalaman yang menarik untuk anda mencuba sebagai pemandu Grab.
Pendapatan yang lumayan
Hey! Tahukah anda, pemandu Grab Car yang memandu sepenuh
masa mampu mencapai pendapatan bersih sehingga RM 4K hingga 5
Mudah dikendalikan
Apa yang penting, anda mempunyai telefon pintar, internet dan
kereta. Ianya muda dikenadalikan, benar.
Pendaftaran yang mudah
Sekiranya anda melepasi syarat yang ditetapkan misalnya anda
mempunyai kenderaan baru, iaitu umur kenderaan 10 tahun kebawah, mempunyai
lesen memandu, insuran yang sah, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pemandu
Grab.
Walau begitu, ianya bergantung kepada terma dan syarat yang
telah ditetapkan oleh Syarikat Grab Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.