Punca Warna Cat Kereta Menjadi Pudar - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, September 4, 2018

Punca Warna Cat Kereta Menjadi Pudar

Adakah anda mempunyai kereta dan anda dapati cat kereta yang anda gunakan semakin hari semakin pudar? Sebenarnya, ia adalah perkara yang normal dan semua kereta akan melalui perkara yang sama apabila berada di persekitaran yang anda alami.

Cat kereta yang kelihatan pudar akan kelihatan tidak cantik kerana terdapat bahagian pada sekitar bahagian kereta mengalami kerosakan  pada cat. Jika anda membiarkannya dalam jangka yang lama, ia seterusnya akan  menembusi  sehingga ke bahagian besi kereta anda dan akan menjadi karat yang memerlukan kos yang lagi tinggi untuk dibaiki.

Punca warna cat kereta pudar disebabkan oleh sinaran cahaya matahari.

Punca utama yang menyebabkan cat kereta semakin  pudar disebabkan oleh  sinaran terus kereta ada dari matahari.  Matahari mempunyai sinaran ultraviolet (UV), sinaran ini bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan manusia tetapi ia juga mampu memudarkan cat pada kereta anda.

Sianaran matahari yang berterusan tanpa apa-apa perlindungan akan menjadikan cat kereta cepat menjadi pudar sebelum pada waktunya dan kereta akan kelihatan tua disebabkan kesan dari sinaran ini.
Cat Kereta Pudar
Credit: Fatboy42
Untuk mengelakkan cat kereta menjadi pudar, anda disaran untuk meletakkan kereta anda di kawasan berbumbung umpanya di bawah garaj atau anda menggunakan kanvas yang direka untuk melindungi kereta dari hujan dan sinaran matahari.

Kualiti cat itu sendiri.

Selain dari masalah pendedahan  yang berpanjangan dengan sinaran matahari, cat kereta cepat pudar disebabkan kualiti cat kereta itu sendiri. Selalunya hal ini terjadi selepas anda menghantar kereta di bengkel cat kereta untuk dicat dengan cat yang baru tetapi mereka menggunakan cat yang tidak berkualiti menyebabkan cat pada kereta mudah pudar.

Baca Juga: Tips Memilih Syarikat Insuran Kereta Yang Bagus.

Sebelum hal ini berlaku terhadap diri anda, ada baiknya anda mengetahui  jenis cat yang digunakan oleh bengkel cat kereta yang digunakan untuk mengecat kereta anda. Pastikan mereka menggunakan jenis cat yang berkualiti yang sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Pemilihan bengkel cat kereta yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik  umpanya menawarkan jaminan kualiti cat kereta sehingga  5 tahun serta bengkel tersebut mempunyai oven  khas sendiri untuk mengecat kereta. 
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: September 04, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.