Adakah anda pernah ke restoran segera McDonalds? Bagi anda
yang tidak pernah datang ke restoran ini, tentunya anda masih ragu-ragu
bagaimana cara untuk oder makanan McD di kaunter McDonalds kerana restoran ini menyediakan menu
dari luar negara.
Sebenarnya anda tidak perlu ragu-ragu untuk datang ke
restoran ini. Apa yang perlu anda lakukan, anda mesti yakin dengan diri anda
sendiri dan cuba fahami mengenai
menu-menu yang disediakan oleh restoran McDonalds. Jika anda sebelum ini pernah melakukan oder makanan di KFC, ianya tidak jauh beza dengan restoran ini.
Pemahaman mengenai set menu McD dan cara oder melalui kaunter.
Apa yang kita cuba elakkan semasa datang ke restoran ini
adalah tidak meminta menu yang tiada dijual di restoran ini umpamanya air suam,
nasi goreng, mee goreng atau menu yang memang tidak terdapat di dalam restoran ini agar
tidak ditertawakan oleh orang lain.
Apa yang paling penting, anda mesti memahami mengenai menu
yang disediakan yang boleh anda lihat di hadapan kaunter. Selalunya, hanya menu
yang dipamerkan di kaunter itu sahaja yang ada dijual di restoran tersebut.
![]() |
Credit: McDonalds |
Ini bermakna, jika anda berada di kaunter McD, anda hanya perlu
membuat pesanan kepada staff McDonald untuk memilih menu berdasarkan set menu yang ditawarkan. Di
restoran ini menawarkan pelbagai set menu, terdapat set menu dikhaskan untuk
makanan untuk dua individu, menu untuk empat individu, menu untuk enam individu dengan
harga yang telah ditetapkan berdasarkan set menu.
Walau begitu, set-set menu ini adalah berubah-ubah bergantung
kepada tawaran yang telah ditetapkan oleh McDonalds berdasarkan resepi menu mereka.
Jika anda membuat pesanan tanpa mengikut tawaran set menu yang disediakan umpamanya anda hanya
mahukan menu buger burger sahaja ia dikenali sebagai set menu a la carte (menu
single), harganya mungkin agak mahal berbanding dengan set menu yang ditawarkan.
Staf McDonalds selalunya akan bertanya kepada anda sama ada
untuk membuat pesanan berdasarkan set menu yang ditawarkan atau set menu a la
carte. Anda disarankan untuk melakukan pesanan berdasarkan set yang ditawarkan
kerana ianya agak berbaloi berbanding anda membuat pesanan a la carte dengan menu yang berbeza-beza. Bagaimana? Ianya mudah bukan. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.