Cara Mengatasi Tingkap Kereta Rosak - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, September 4, 2018

Cara Mengatasi Tingkap Kereta Rosak

Adakah anda pernah mengalami tingkap kereta tak boleh tutup atau tak boleh turun? Ataupu cermin tak naik? Selalunya,  masalah ini akan berlaku hanya kadang-kadang dan seterusnya akan berlaku semakin kerap. Sebenarnya ia adalah petanda yang jelas cermin pada tingkap kereta  anda mula menunjukkan  tanda-tanda akan mengalami kerosakan.

Oleh itu, perlunya anda memahami punca yang menyebabkan cermin tingkap  kereta anda rosak, Selalunya masalah ini disebabkan oleh power window switch yang berhampiran dengan tingkap cermin atau masalah dari main power window switch yang berhampiran dengan pemandu. Selain dari masalah lain pula, ia mungkin disebabkan oleh masalah motor power window.

Bagi setiap pengguna kereta, adalah normal akan mengalami masalah ini apabila anda telah menggunakan kereta anda agak lama. Selalunya kebanyakan pengguna kereta akan mengalami masalah pada tingkap apabila kereta telah berusia di dalam lingkungan  5 hingga 6 tahun.

Hantar kereta ada di kedai asesori kereta. 

Apa  yang anda perlu lakukan apabila mengalami masalah ini, pastikan jangan memandang remeh mengenainya  bila terdapat tanda-tanda tingkap  kereta anda mula meragam  sama ada tingkap sukar diturunkan atau sukar dinaikkan.

Akan sampai waktunya, tingkap kereta anda akan benar-benar tidak dapat dinaikkan atau diturunkan kerana terdapat kerosakan pada komponen di dalam tingkap itu sendiri sama ada motor window atau kerosakan pada switch window.
 
Main power window switch
Credit: Lelong.my
Hantar segera kereta anda ke mana-mana kedai asesori kereta yang berhampiran untuk baik pulih kerana kedai asesori kereta mempunyai kepakaran mengenai masalah-masalah berkaitan dengan tingkap dan satu lagi, mereka selalunya mempunyai alat ganti yang telah pun tersedia.

Hantar kereta ke bengkel.

Jika anda tidak berkesempatan untuk menghantar kereta anda di kedai asesori atau kedai itu terlalu ramai pelanggan, anda boleh datang ke bengkel kereta untuk baik pulih atau meminta mereka melihat punca yang menyebabkan masalah pada tingkap kereta anda.

Sebaik sahaja masalah dapat dikesan, anda boleh mendapatkan alat ganti di mana-mana kedai alat ganti untuk baik pulih masalah tingkap kereta anda. Cara ini mungkin memerlukan kos yang agak murah kerana anda mendapatkan alat ganti terus dari kedai alat ganti.

Jangan cuba membaiki sendiri.

Jika anda tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki kenderaan, anda tidak perlu bertindak untuk mencuba membuka komponen pada bahagian tingkap kenderaan anda kerana dikhuatiri masalah akan bertambah banyak.

Sebenarnya, masalah tingkap bukanlah satu masalah yang besar jika anda menghantar terus ke kedai asesori untuk pembaikan. Mereka mempunyai kepakaran dan alatan yang mencukupi untuk masalah pada tingkap kereta. Selalunya masalah akan diatasi kurang 30 minit tetapi ianya bergantung pada pelanggan yang ada di dalam kedai tersebut.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: September 04, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.