Life made easier, ia
merupakan janji yang telah diperkenalkan oleh TM sendiri buat pelanggan mereka
dalam mempertingkatkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, iaitu salah
satunya melalui pusat khidmat pelanggan
itu sendiri.
Di dalam usaha untuk memperbaiki keseluruhan pusat khidmat
pelanggan, TM telah merasionalisasikan semua operasi pusat hubungan perniagaan
kediaman dan Perusaan Kecil Sederhana (IKS) dan telah menjadi satu hab tunggal.
Talian hotline pelanggan TM (Telekom Malaysia) kini lebih mudah.
Telekom Malaysia ™ telah mengabungkan semua pusat khidmat
pelanggan perniagaan dan khidmat
pelanggan IKS untuk menjadi satu nombor
tunggal untuk dihubungi bagi penyampaian
yang lebih mudah dan sistematik.
Ini bermakna, semua pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia
termasuklah pelanggan pusat hubungan perniagaan kediaman dan Perusaan Kecil
Sederhana (IKS) kini hanya perlu menghubungi atau mendail nombor tunggal Hotline TM yang mudah diingati iaitu 100, sekiranya terdapat
sebarang pertanyaan atau masalah mengenai perkhidmatan TM Telephony, Streamyx,
UniFi dan TMgo.
![]() |
Credit: TM |
Selain dari talian hotline 100, anda juga
boleh menghubungi TM melalui email rasmi mereka di [email protected]
dan juga melalui Twitter di @TMConnects.
Rujukan: Telekom Malaysia ™
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.