Timing belt adalah satu kompenen di dalam kenderaan yang
begitu penting sekali. Sekiranya timing belt putus, ia akan mengakibatkan
kereta anda tidak lagi dapat dihidupkan. Apa yang paling risau, timing belt
putus semasa anda memandu di dalam keadaan kelajuaan yang tinggi.
Penulis berkongsi dengan anda mengenai pengalaman timing
belt putus semasa memandu kereta PeroduaViva 850. Pengalaman ini begitu
berharga sekali dan ianya patut dikongsikan kepada semua orang sebagai
kesedaran betapa pentingnya menjaga timing belt
pada kereta anda.
Timing belt putus selepas penukarang timing belt yang pertama.
Sebenarnya, timing belt telah putus selepas menukar timing
belt yang pertama . Maksudnya disini,
selepas timing belt asal telah mencapai kilo meter (KM) 80,000. Penulis menukar
timing belt ini disebabkan saranan seorang mekanik kerana ia mengatakan timing
belt telah menunjukkan tanda-tanda keretakan dan patut ditukar dengan timing
belt yang baru.
Selepas menukar timing belt baru pada kereta Perodua Viva 850, penulis telah menggunakan
timing belt tanpa sebarang masalah hingga lah timing belt telah mencapai jarak
perjalanan anggaran 50,000 km.
Baik penulis kongsikan
kepada anda saat-saat timing belt putus semasa memandu. Selepas
menghidupkan kereta Perodua Viva 850 yang sehari-hari penulis gunakan ini,
penulis telah memandu di dalam jarak anggaran 1 km pada kelajuan anggaran 70km
sejam.
Baca Juga: Harga Pasaran Bateri Kereta Viva
Semasa memandu di dalam kelajuan tersebut pada kedudukan
gear di gear 4, terasa sesuatu benda yang putus dan kereta tiba-tiba senyap
disebabkan enjin telah mati. Penulis segera menekan pedal klac dan berhenti
dengan segera di tepi jalan di dalam anggaran jarak 50 meter selepas enjin
mati.
Apa yang penulis lakukan, telah hubungi seorang mekanik
persendirian yang merupakan kawan penulis sendiri. Mekanik itu telah datang
untuk melihat kenderaan milik penulis yang tersadai di tepi jalan. Apa yang beliau lakukan semasa
mula-mula sampai, cuba untuk menghidupkan enjin tetapi tidak berjaya.
![]() |
Credit: YouTube |
Mekanik tersebut kemudian, membuka penutup ‘cove’r pada bahagian
timing belt. Tahu apa yang berlaku? Timing belt tersebut telah putus! Saya
melihat semula keadaan timing belt itu dan apa yang saya dapati, timing belt
masih di dalam keadaan yang baru, tiada tanda-tanda keretakan tetapi ia telah
putus.
Baca Juga: Cara Mengetahui Kebocoran Enjin Kereta
Mekanik tersebut telah memberi saranan untuk menghantar
kereta penulis ke bengkelnya untuk pemeriksaan lanjut serta mengarahkan penulis
untuk membeli timing belt yang baru untuk seisi ujian kerosakan. Masalah lain
pula, jarak diantara kereta penulis dengan jarak bengkel anggaran 5km jauhnya.
Penulis terpaksa menghubungi panel insuran Etiqa untuk melakukan towing dengan
secara percuma.
Hampir bergaduh dengan penjual kedai alat ganti.
Selepas menghantar kereta penulis ke bengkel, penulis ke
sebuah kedai alat ganti yang berhampiran untuk melakukan pembelian timing belt Viva EX850.
Penulis cuba meminta sedikit nasihat dari ‘uncle’ penjual alat ganti mengenai
tips jika timing belt putus.
Apa yang uncle itu pertikaikan adalah, mengapa harus membeli
timing belt yang baru sedangkan kereta belum dibuat pemeriksaan. Ia juga mengatakan,
jika timing belt putus, banyak komponen di dalam enjin yang perlu ditukar ganti
seperti, valve, piston, set timing belt, gasket, belting dan lain-lain lagi.
Baca Juga: Cara Mengetahui Kebocoran Enjin Kereta
Uncel itu juga mengatakan kepada penulis, mekanik yang
penulis kenali ini mungkin menipu disebabkan selalunya jika timing belt putus,
mekanik akan menurunkan enjin untuk melakukan pemeriksaan lanjut terlebhi
dahulu dan barulah membeli kompenen alat ganti yang rosak.
Penulis cuba menerangkan mekanik hanya melakukan test
dahulu timing belt yang baru untuk mengenal pasti benar atau tidak terdapatnya
kerosakan pada bahagian enjin semasa timing belt putus. Dengan egonya uncle itu
bercakap dia telah menjual alat ganti selama bertahun-tahun dan semua kompenen
yang melibatkan timing belt harus diganti. Tahukah anda, hal ini menyebabkan
penulis dengan uncle penjual alat ganti hampir
bergaduh?
Pemasangan timing timing belt yang baru.
Selepas melakukan pembelian timing belt yang baru, mekanik
telah melakukan pemasangan timing belt
tersebut pada kereta penulis. Selepas melakukan beberapa ujian, mekanik
tersebut mengatakan kepada penulis, enjin berfungsi dengan baik kerana valve
masih berfungsi dengan baik dan tidak bengkok.
Penulis juga ada bertanya kepada mekanik mengenai pertikaian dengan
uncle di kedai alat ganti, dan dari perjelasan mekanik, melakukan pemasangan
timing belt yang baru adala ujian awal untuk mengenal pasti adakah komponen
penting di dalam kenderaan benar-benar mengalami kerosakan misalnya valve
adakah ianya bengkok atau sebaliknya.
Menkanik juga mengatakan, dia boleh membuka semua kompenen
enjin kereta penulis tetapi cara ini boleh menyebabkan penulis akan
mengeluarkan kos wang yang amat besar. Kebanyakan bengkel akan terus menurunkan enjin
apabila timing belt putus tetapi cara ini lebih kepada mencekik darah pengguna.
Jika bengkel yang bagus, ia seharusnya melakukan ujian
terlebih dahulu untuk memastikan valve bengkok atau tidak kerana tidak semua valve bengkok
semasa timing belt putus. Ya memang benar mengenai kenyataan ini, selepas
mengalami timing belt putus dan hanya menukar timing belt yang baru, penulis
telah menggunakan kereta Perodua Viva ini telah hampir setahun tanpa sebarang
masalah.
Apa yang kita pelajari mengenai pengalaman penulis disini,
alat ganti timing belt harus diganti dengan alat ganti yang original kerana
apabila anda membeli timing belt dari kedai alat ganti, anda berisiko membeli
alat ganti yang tidak asli.
Anda disaran untuk mendapatkan alat ganti timing belt terus
dari pembekal misalnya jika anda menggunakan kereta Perodua, dapatakan timing
belt daripada mereka bagi menjamin keaslian timing belt. Begitu juga jika anda
mempunya kereta Toyota, dapatkan timing belt terus dari pihak Toyota.
Zaman sekarang, amat sukar untuk mengenal pasti alat ganti
yang asli atau tidak kerana alat ganti palsu begitu banyak dijual di
kedai-kedai alat ganti dan kesannya adalah dari pengguna kereta itu sendiri
yang mengalami kerugian.
Misalnya contoh yang dialami oleh penulis, timing belt
50,000 km telah pun putus. Sudah tentunya timing belt tersebut bukanlah timing
belt yang original kerana ianya telah putus semasa kilometer yang tidak patut
untuk timing belt akan mengalami masalah.
Selamat hari,
ReplyDeleteSaya orang Filipina, saya ingin melabur dalam perniagaan anda dengan niat baik. Saya mempunyai modal sendiri untuk pelaburan yang menguntungkan. Saya juga memberi pinjaman kepada swasta dan komersial dengan kadar faedah tahunan yang sangat rendah sehingga 3% dalam tempoh pembayaran untuk mana-mana bahagian dunia.
Adakah anda memerlukan kredit dengan faedah 3% per tahun dari jumlah keseluruhan yang anda perlukan untuk membiayai atau perkongsian 50/50% untuk jangka masa 1 hingga 10 tahun? Saya ingin mengetahui pilihan anda untuk membolehkan kami menjalankan rundingan. Jumlah pembiayaan maksimum adalah $ 100 juta USD.
Hubungi EMAIL: [email protected]
URL laman web: http://voorhinvestcorp.com/
WhatsApp: +1 4704068043
LINE ID: philipvoor
EMAIL: [email protected]
TERIMA KASIH
FILIP VOORHEES.