Kesalahan Tidak Memiliki Lesen Memandu - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Sunday, August 19, 2018

Kesalahan Tidak Memiliki Lesen Memandu

Negara kita mempunyai undang-undang yang tersendiri berkait dengan peraturan memandu di jalan raya. Perturan-peraturan jalan raya telah termaktub di dalam  Akta pengangkutan Jalan 1987. Setiap rakyat yang tinggal di Malaysia diwajibkan mengikuti peraturan-peraturan undang-undang trafik yang telah ditetapkan.

Peraturan jalan raya ini juga tidak terkecuali kepada warganegara dari negara lain. Mereka juga wajib mengikuti peraturan jalan raya di negara kita. Bagi sesiapa yang gagal mengikuti peraturan jalan raya, ianya menjadi satu kesalahan sama ada dikenakan kompaun, hukuman denda atau hukuman penjara bagi kesalahan yang serius.

Hukuman bagi kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

Dengan merujuk kepada undang-undang yang sedia ada, bagi kesalahan  tidak memiliki lesen memandu, pesalah berada di bawah Seksyen 26 (1) Akta  Pengangkutan Jalan 1987. Seksyen ini telah menjelaskan secara terperinci, tiada sesiapa yang boleh memandu di jalan raya kecuali mempunyai lesen yang dibenarkan secara sah.

Seksyen ini juga menjelaskan, sesiapa yang gagal mengikuti peraturan ini, adalah menjadi satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, pesalah  yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300 dan pesalah boleh datang ke mana-mana kaunter trafik untuk melaksanakan bayaran sekiranya gagal melaksanakan bayaran, barulah pesalah dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar hukuman yang seterusnya.
Contoh Lesen Memandu Malaysia

Baca Juga: Cara Dapatkan Lesen Memandu Hilang

Bagi kesalahan tidak memiliki lesen bermula pada tahun 2017 dan 2018, pesalah trafik yang didapati bersalah akan terus dihadapkan ke mahkamah untuk mendengarkan hukuman atau denda. Selain itu juga, kenderaan atau motor yang digunakan oleh pesalah boleh disita terus dan pemilik asal kenderaan haruslah datang sendiri ke balai untuk menuntut semula kenderaan mereka.

Rujukan: Akta Pengangkutan Jalan 1987
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: August 19, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.