Bagi mereka yang mempunyai motorsikal, setiap tahun akan
melakukan renew terhadap roadtax motor
mereka. Jika mereka yang telah biasa melakukan hal ini, tentunya tidak akan
menghadapi sebarang masalah untuk melakukan renew roadtax tersebut.
Jika anda masih baru menggunakan motorsikal, sudah tentunya
anda akan tertanya-tanya bagaimana prosedur untuk memperbahrui cukai jalan @roadtax motorsikala anda. Sebenarnya
tiada apa yang perlu dirisaukan sangat kerana ia tidaklah sesukar seperti yang
disangkakan. Baik, berikut adalah panduan yang perlu anda lakukan.
Perbahrui insuran motorsikal anda dahulu.
Apabila roadtax motorsikal anda akan tamat tempoh, polisi
insuran motor anda juga akan tamat. Ini bermakna, anda harus memperbahrui @
melakukan renew insuran anda dahulu baru lah anda ke JPJ untuk urusan roadtax.
Jika anda tidak tahu mengenai insuran anda sebelum ini, anda
boleh merujuk melalui kedai motorsikal dimana tempat anda beli motor tersebut.
Anda juga boleh membeli insuran dari syarikat insuran yang baru. Misalnya
sebelum ini anda menggunakan insuran dari Kurnia Insuran dan ingin bertukar ke
Etiqa Insuran.
Datang ke mana-mana ejen insuran.
Apa yang perlu anda lakukan, hanya datang ke mana-mana
syarikat insuran yang anda senang berurusan dan katakana kepada mereka, anda
ingin memperbahrui insuran motorsikal anda atau jika anda baru pertama kali
datang ke syarikat insuran kenderaan tersebut, anda hanya beritahu kepada
mereka anda ingin mendapatkan insuran untuk motorsikal anda.
Sebagai pengetahuan anda, polisi insuran kenderaan mempunyai
2 jenis insuran yang berbeza, iaitu
first party dan juga third party. Berikut adalah perjelasan ringkas mengenai
kedua-dua jenis insuran ini.
a) Insuran first party.
Polisi insuran yang boleh buat tuntutan penuh sekiranya
berlaku kemalangan.
b) Insuran third party.
Polisi insuran ini adalah anda tidak dapat membuat tuntutan
penuh sekiranya berlaku kemalangan. Harga agak murah berbanding insuran first
party.
Sebelum anda mendapatkan polisi insuran motorsikal anda,
perlunya anda memahami polisi insuran
yang ditawarkan dan hak-hak anda apabila berlakunya kemalangan dan juga
berlakunya kecurian kenderaaan.
![]() |
Credit: Yamaha Motor |
Harga insuran motorsikal.
Harga insuran motorsikal bergantung kepada kuasa kuda enjin
motorsikal anda. Matematiknya mudah, semakin besar kuasa kuda (CC) motorsikal
anda, semakin tinggi pula kos insuran yang anda perlu bayar.
Harga insuran yang anda bayar bergantung kepada jumlah
insuran yang akan cover motorsikal anda apabila berlakunya kemalangan seperti
didalam perjanjian insuran dan polisi insuran adalah berbeza-beza bergantung
kepada polisi yang telah ditetapkan oleh syarikat pihak insuran masing-masing.
Datang ke kedai motorsikal untuk urusan insuran dan roadtax.
Sekiranya motorsikal anda masih mempunyai hutang kedai, anda
hanya perlu datang ke kedai motorsikal dimana tempat anda beli motorsikal tersebut dan beri tahu
kepada mereka, anda ingin memperbahrui
roadtax motor anda.
Pihak kedai motorsikal selalunya mempunyai runner sendiri,
dan mereka akan menguruskan untuk anda seperti pembelian insuran serta roadtax
yang baru. Pihak kedai selalunya akan meminta anda sedikit upah untuk proses
ini. Apa yang menarik, anda hanya perlu tunggu panggilan dari pihak kedai apabila
roadtax anda telah siap.
Datang ke JPJ atau Pejabat Pos.
Apabila anda telah selesai untuk urusan pembelian insuran
yang baru, step seterusnya anda hanya pergi ke mana-mana kaunter Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pejabat Pos
untuk urusan mendapatkan roadtax yang
baru. Oh ya, jangan lupa bersama-sama Sijil Pemilikan kenderaan bersama-sama ya untuk urusan.
Sama seperti kadar bayaran insuran, roadtax juga mempunyai
bayarannya sendiri bergantung kepada besarnya kuasa kuda (CC) motosikal anda.
Berikut adalah jumlah bayaran mengikut CC motorsikal anda.
Kuasa Kuda Motorsikal (CC).
0 CC – 150 CC = RM 2
151 CC – 200 CC = RM 30
201 CC – 250 CC = RM 50
251 CC – 500 CC = RM 100
501 CC – 800 CC = RM 250
801 CC – Keatas = RM 350
Adkah anda telah memahami prosedur ini? Ianya memang mudah
kan? Roadtax atau cukai jalan harus ada untuk motorsikala anda kerana sekiranya
tidak memperbahrui cukai jalan untuk motor anda, anda telah melakukan kesalah
dibawah akta Pengangkutan Jalan dan boleh dikenakan kompaun.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.