Bagi anda yang baru pertama kali menggunkan kad Maybank atau
mungkin sebelum ini tidak pernah menggunakan perkhidmatan bank ini tentunya
anda ingin mengetahui cara untuk mengeluarkan duit dari ATM bank itu sendiri.
Maybank merupakan bank yang terbesar di negara ini dan anda
tidak perlu risau untuk mengeluarkan wang melalui mesin ATM Maybank kerana perkhidmatan
mesin pengeluaran mereka mudah
diperolehi di kebanyakan tempat.
Tips-tips keluarkan duit dari mesin ATM Maybank.
Baik berikut adalah sedikit panduan untuk mengeluarkan wang melalui
mesin ATM Maybank. Apa yang perlu anda ketahui, pastikan anda telah mempunyai
akaun bank ini dan memiliki kad ATM
Maybank. Jika anda masih belum mempunyai akaun, datanglah ke mana-mana cawangan
bank ini untuk urusan permohonan akaun yang baru.
Panduan pengeluaran wang.
Step 1
Masukkan kad Maybank anda di mesin ATM Maybank.
Step 2
Masukkan 6 angka pin keselamatan ataupun 6 nombor password yang anda telah tetapkan sebelum ini.
Pastikan nombor keselamatan ini tidak didedahkan kepada orang lain atau pihak
ketiga. Selepas anda memasukkan pin keselamatan yang betul, anda akan dipaparkan
skrin pilihan.
Step 3
Anda hanya perlu pilih pilihan pengeluaran wang tunai
kemudian anda akan dipaparkan pilihan jumlah wang yang perlu dikeluarkan iaitu
RM 100, RM 200, RM 500, RM 1000, RM 1,500 dan pilihan amaun sendiri.
Step 4
Pilih pilihan pengeluaran wang seperti di dalam skrin atau
jika anda mengeluarkan wang dengan
jumlah pilihan sendiri, pilih butang lain-lain amaun dan masukkan jumlah yang
diperlukan.
Step 5
Sekiranya anda telah memilih pilihan pengeluaran, anda hanya perlu tekan butang enter dan
tunggu beberapa second, wang di dalam akaun anda akan keluar melalui ruang
pengeluaran wang di mesin ATM.
Step 6
Ambil wang anda melalui mesin ATM, apabila kad Maybank anda
telah keluar, pastikan anda mengambil kad tersebut dengan segera kerana
sekiranya anda lambat mengambil kad tersebut, dikhuatiri kada anda akan ditelan
oleh mesin ATM tersebut.
Step 7
Apabila anda telah selesai mengambil wang anda dan juga
kad, anda akan dipaparkan pilihan untuk
mendapatkan resit pengeluaran ataupun tidak. Sekiranya anda inginkan resit
pengeluaran untuk dijadikan rekod, hanya tekan sahaja pilihan ya, dan secara automatik
resit pengeluaran wang tunai akan dijana keluar.
Lain-lain perkhidmatan ATM Maybank.
Sebenarnya perkhidmatan mesin ATM Maybank mempunyai pelbagai
kemudahan yang anda boleh perolehi bukan
sahaja anda boleh mengeluarkan wang tunai tetapi anda juga boleh membayar samanPDRM, membayar bil-bil, semakan baki wang di dalam akaun, permohonan pin untuk
Maybank2u, pengeluaran wang tunai untuk kad kredit, pertanyaan baki had pengeluara kad kredit, dan banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maybank.
![]() |
Credit Photo: Maybank |
Had pengeluaran wang tunai pula selalunya pihak Maybank
telah menetapkan had pengeluaran wang
tunai sehingga RM 3,000. Anda juga boleh menetapkan had pengeluaran wang tunai hingga maksima RM 5,000 sehari atau menetapkan pengeluaran wang tunai tanpa
had tetapi perkhidmatan ini mempunyai caj Fi RM 8 setahun.
Sebagai pengetahuan anda juga, di dalam 4 kali
pengeluaran wang tunai menggunakan mesin
ATM Maybank, tiada caj akan dikenakan
dan sekiranya anda mengeluarkan wang di mesin ATM pada kali ke 5 pada
bulan yang sama, anda akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50 bagi setiap
pengeluaran wang tunai.
Had pengeluaran wang tunai bagi mesin ATM Maybank 24 jam pada lewat malam hingga jam
6 pagi pula adalah berjumlah RM 1,000 sahaja.
this one bole digunakan untuk programming pseudokod bukan? please reply fast..thank you:)
ReplyDeleteAttractive, post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have liked browsing your blog posts. After all, I will surely subscribe to your feed, and I hope you will write again soon! dewa poker
ReplyDeletePretty good post. I have just stumbled upon your blog and enjoyed reading your blog posts very much. I am looking for new posts to get more precious info. Big thanks for the useful info. wm casino
ReplyDeleteTo cover the issue of international roaming, it was mandatory that each operator may choose to use A3 independently. The basis of GSM’s security is to keep Ki secret pos skimmer
ReplyDeleteTo cover the issue of international roaming, it was mandatory that each operator may choose to use A3 independently. The basis of GSM’s security is to keep Ki secret pos skimmer
ReplyDelete