Kadang-kadang pening juga yer, jika road tax kita tiba-tiba
hilang dari simpanan kita, yelah apa yang kita risau kita akan disaman oleh
penguatkuasa trafik seperti JPJ dan juga Polis semasa memandu kereta tanpa
road tax ataupun menunggang motorsikal.
Selain itu juga, bukan sahaja road tax tercicir atau hilang
tetapi road tax kita telah rosak mungkin disebabkan terkena sinaran matahari
dalam jangka masa yang lama menyebabkan road tax kereta telah pudar dan rosak
sedangkan belum sampai setahun lagi usia roadtax tersebut.
Bagi roadtax motorsikal pula, ia mungkin rosak disebabkan
terkena air hujan kerana kita terlupa untuk melakukan laminate pada road tax
tersebut.
Datang terus ke mana-mana kaunter JPJ.
Untuk mendapatkan cetakan semula gantian road tax kenderaan anda,
sebenarnya prosudernya amat mudah sekali, iaitu anda hanya terus datang ke
mana-mana kaunter Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) yang berhampiran dengan anda.
Apabila anda telah sampai di JPJ, anda hanya perlu laksanakan
langkah-langkah mudah ini dan telah pun menyediakan dokumen yang diperlukan.
Panduan mendapatkan road tax.
1. Isi borang JPJ K7 sebanyak 2 salinan
2. Bawa sijil pemilikan kenderaan
Jika anda telah siap mengisi borang yang diperlukan, anda
boleh mendapatkan nombor giliran anda dan tunggu sehingga giliran anda
dipanggil. Mudah bukan? Oh ya, jumlah bayaran cetakan semula rodtax kereta dan
juga motorsikal adalah berbeza.
Jumlah bayaran roadtax.
1. Bayaran road tax bagi motorsikal
RM 20
2. Bayaran road tax bagi kereta
RM 50
Sekiranya pemilik kederaan tidak dapat hadir boleh atau tidak dapatkan geran?
Jika pada situasi-situasi yang tertentu mungkin ada sebagai
pemilik kenderaan tidak dapat hadir untuk mendapatkan semula cetakan road tax
kenderaan anda, boleh sahaja anda menghantar wakil untuk mendapatkan road tax
tersebut misalnya anda meminta bantuan kawan-kawan atau ahli keluarga anda.
Syaratnya, anda harus melakukan tandatangan pada kedua-dua borang
K7 dan menyertakan salinan Mykad anda sebagai bukti anda adalah pemilik asal
kenderaan.
Bagaimana pula dengan laporan polis.
Sesetengah dari anda akan datang ke balai polis untuk
melakukan laporan berkenaan road tax yang telah hilang atau tercicir.
Sebenarnya, anda tidak perlu datang ke balai polis untuk membuat laporan
berkenaan kehilangan road tax tersebut, anda hanya datang terus ke JPJ.
Baca juga: Cara Mudah Semak Saman Secara Online
Walau begitu, sebelum anda ke JPJ pastikan anda datang pada
seawal waktu pagi kerana sekiranya anda datang pada waktu yang agak lewat, dikhuatiri
pelanggan ramai yang datang berurusan di
kaunter JPJ. Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.