Apabila anda tinggal di sebuah rumah, antara cabaran yang
paling besar sekali yang anda perlu tempuhi adalah masalah habuk yang memasuki
rumah anda. Jika habuk ini dibiarkan, bukan saja akan memberikan masalah
kesihatan kepada seisi keluarga anda tetapi rumah anda akan kelihatan kotor.
Habuk yang memasuki rumah harus dibersihkan dengan segera
agar rumah anda kelihatan bersih dan ianya perlu dijadikan sebagai amalan rutin
untuk membersihkannya. Habuk disebabkan dari pelbagai penyebab yang berbeza, misalnya habuk berpunca dari tanah di luar rumah disebabkan tiupan angin, habuk dari jalan raya atau habuk kayu dari
dalam rumah kita sendiri disebabkan oleh anai-anai.
Sentiasa tutup tingkap serta tutup ruang terbuka di rumah anda.
Di dalam usaha mengurangkan habuk dari memasuki rumah anda,
langkah yang perlu anda amalkan adalah sentiasa menutup tingkap-tingkap rumah,
menutup ruang-ruang yang terbuka agar habuk tidak memasuki ke dalam rumah anda.
![]() |
Credit: Pexels |
Jika anda membiarkan dalam jangka yang lama dan tanpa
membersihkannya, anda akan mendapati rumah anda amat kotor dengan habuk. Ini
lah realitinya yang harus kita tempuhi
pada zaman sekarang. Jika kediaman kita di kawasan kampung, masalah habuk
sebenarnya jarang berlaku, tetapi jika di kawasan-kawasan bandar umpamanya di
kawasan perumahan, habuk adalah salah satu masalah yang perlu ditempuhi.
Bersihkan rumah seminggu sekali.
Apa pun, masalah ini harus kita atasi segera dengan
mengamalkan kebersihan di dalam rumah kita dengan seringkali membersihkan rumah
dengan menyapu rumah setiap hari dan bagi pembersihan keseluruhan dalam rumah
ianya harus dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Amalan ini serba sedikit
akan mengatasi rumah anda dari masalah habuk.
Selain itu, bagi pembersihan pada perabot pula, anda disaran
untuk menggunakan bulu ayam yang banyak dijual di pasaran yang telah direka untuk membersihkan perabot dari habuk yang melekat. Bulu ayam ini memang
sesuai untuk mengatasi habuk yang melekat pada dinding rumah dan juga perabot
anda.
Untuk pembersihan pada bahagian tingkap rumah anda pula,
anda disaran untuk menggunakan surat khabar untuk membersihkannya kerana ianya
amat sesuai digunakan. Ambil surat khabar lama, dan lapkan pada permukaan
tingkap sehingga tingkap bersih dari habuk yang melekat.
Bagi pembersihan pada bahagian lantai pula, selepas anda
menggunakan penyapu dan juga mesin vacuum, anda boleh membersihkan lantai anda
dengan menggunakan mop untuk pembersihan yang paling maksima.
Gunakan mesin anti habuk dan debu.
Jika anda mempunyai wang yang mencukupi, untuk mengurangkan
habuk dari memasuki rumah anda, terdapat mesin yang boleh dibeli di pasaran untuk
menyedut habuk dan juga ejen debu yang berterbangan di dalam rumah anda.
Mesin popular yang direka berupaya menyedut habuk dan ejen
debu adalah seperti mesin yang direka oleh Panasonic iaitu Humidifying nanoe™ Air Purifier. Mesin
ini amat bagus untuk memastikan udara di dalam rumah anda bebas dari debu yang
berterbangan.
Untuk mendapatkan mesin anti debu ini, anda boleh
mendapatkannya melalui kedai Panasonic yang
berhampiran dengan tempat tinggal anda atau anda boleh mencarinya di
kedai-kedai elektronik.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.