Cara Beli Motor Tanpa Wang Deposit - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, August 9, 2018

Cara Beli Motor Tanpa Wang Deposit

Bagi sesetengah dari anda, mungkin ingin mengetahui bagaimana untuk membeli motorsikal tanpa memerlukan wang deposit. Selalunya mereka yang mahukan cara pembelian ini tentunya mereka yang kekurangan wang modal untuk bayaran pendahuluan.

Baik, cara pembelian ini masih terdapat ramai orang yang memilihnya kerana anda tidak perlu apa-apa modal pun untuk mengeluarkan motor tersebut tetapi  dengan cara ini anda diharuskan melaksanakan ansuran bayaran motorsikal setiap bulan yang agak tinggi.

Tips-tips beli motorsikal tanpa memerlukan wang deposit.

Cara ini sebenarnya agak leceh sedikit berbanding dengan cara pembelian melalui hutang kedai kerana ianya memerlukan anda untuk menyediakan beberapa dokumen untuk menguatkan permohonan anda untuk melakukan pembelian motor tanpa deposit.

Dokumen-dokumen yang yang diperlukan termasuklah slip gajitiga bulan terkini, dan lesen motor. Selalunya pihak yang sanggup menawarkan pembelian motor tanpa apa-apa deposit adalah pihak bank dan juga Aeon Credit.
Honda HRC
Credit: Boon Siew Honda
Selain itu, anda mestilah bersih dari black list, bersih dari ccris, Ctos, kerana sekiranya nama terdapat di dalam senarai tersebut, permohonan anda untuk melakukan pembelian motor tanpa deposit tidak dapat diluluskan.

Sebenarnya  dengan cara ini telah pun ada pilihan yang ditawarkan oleh pihak bank ataupun pihak Aeon Credit, misalnya terdapat tawaran yang menghendaki untuk melakukan bayaranpendahuluan contohnya sebanyak RM 550 dan bayaran bulanan adalah sebanyak RM 160 bagi pembelian motorsikal Modenas untuk 5 tahun.

Bagi pembayaran tanpa deposit pula, ansuranan bulanan motor agak tinggi dan ini sudah tentunya anda telahpun sedia maklum mengenainya.

Bagi pandangan penulis, jika anda memilih kaedah pembelian motor tanpa deposit dan anda tidak peduli dengan jumlah bayaran bulanan yang agak tinggi, anda boleh memilih cara ini. Tetapi jika anda merasakan bayaran bulanan agak tinggi, ada baiknya anda merujuk kepada tawaran oleh pihak penjual dengan merujuk kepada jadual pembayaran deposit dan juga bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan anda.

Untuk mengetahui perjelasan ataupun permahaman yang lebih lanjut, ada baiknya anda datang ke mana-mana kedai motorsikal dan bertanya lah kepada pihak mereka mengenai pakej yang ditawarkan berkenaan pembelian motorsikal tanpa wang deposit .
Posted by Geoffrey Stephen
GeoffreyStephen.com Updated at: 10:38:00 PM

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.