Cara Beli Motor Hutang Kedai - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, August 9, 2018

Cara Beli Motor Hutang Kedai

Adakah anda berkira-kira untuk membeli sebuah motosikal yang baru? Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk melakukan pembelian motor seperti membeli motor dengan cara hutang di kedai.

Cara ini sebenarnya agak mudah dan sering dipilih oleh kebanyakan pembeli motosikal disebabkan prosedurnya agak mudah berbanding loan bank ataupun melalui Aeon Credit. Walau begitu persoalannya disini, bagaimana cara melakukan pembelian dengan cara ini?

Panduan mudah bagaimana beli motor melalui hutang kedai motorsikal.

Sebenarnya, mana-mana kedai motorsikal mempunyai kiraan kalkulator tersendiri bagaimana melakukan pembelian motorsikal daripada mereka, ini termasukalah melalui hutang kedai. Tidak semua kedai menetapkan pengiraan sama mengenai bayaran pendahuluan dan juga bayaran bulanan sekiranya anda membeli motor di kedai mereka.

Beli motor dengan cara hutang kedai bermakna, anda harus melakukan bayaran pendahuluan / bayaran muka mengenai motor yang anda ingin beli dan setiap bulan anda harus melakukan bayaran ansuran motorsikal  tersebut melalui kedai motor tersebut.
Motor scrambler
Credit: Boon Siew Honda
Misalnya, anda ingin membeli sebuah motorsikal Honda EX 5 yang baru dan pihak kedai telah menetapkan  beberapa pilihan bayaran pendahuluan dan juga pilihan bayaran bulanan mengikut deposit yang anda pilih. Contoh motorsikal Honda EX 5 bayaran deposit adalah RM 1,800 dan bayaran ansuran bulanan adalah RM 140 selama 4 tahun.

Selepas anda melakukan bayaran deposit mengenai motor Honda EX 5 ini, selalunya pihak kedai motor akan  memproses urusan motorsikal  diantara 3 hingga 7 hari  termasuklah urusan insuran, cukai jalan dan hak pemilikan.

Selepas urusan ini selesai, barulah pihak kedai akan menghubungu anda melalui panggilan telefon, motorsikal yang anda beli telah siap urusannya dan boleh mengambil motor itu di kedai.

Selesai, apa yang anda lakukan, pastikan setiap bulan anda harus melaksanakan bayaran ansuran motosikal tersebut seperti mana yang dipersetujui oleh anda dan juga pihak kedai. Amat mudah bukan.

Oh ya, cara ini juga tidak memerlukan anda untuk menunjukkan slip gaji, hanya bayar deposit pendahuluan dan motor boleh keluar dari kedai. Walau begitu, tidak semuanya kedai sama, terdapat kedai yang masih memerlukan slip gaji untuk cara pembelian ini dan juga ianya masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kedai motorsikal itu sendiri.
Posted by Geoffrey Stephen
GeoffreyStephen.com Updated at: 8:36:00 PM

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.