Musim durian di
Malaysia selalunya akan berlaku pada bulan julai hingga september setiap tahun.
Pada musim-musim tersebut, suasana akan kelihatan
begitu meriah sekali dengan gelagat penjual-penjual durian yang menjual buah durian di mana-mana sahaja.
Antara durian
yang begitu popular sekali pada musim durian adalah durian kahwin dan juga durian yang digelar
munsang king kerana rasanya yang begitu enak sekali dan isinya yang
tebal.
Pada musim ini juga, terdapat individu yang telah habis bercuti di kampung dan
akan balik semula ke tempat kerja dan
ingin membawa durian sebagai buah tangan
untuk kawan-kawan atau untuk rakan-rakan sekerja. Tetapi masalahnya, terpaksa
menaiki flight? Boleh atau tidak bawa durian semasa menaiki kapal terbang?
Idea dan cara bawa durian semasa menaiki flight di Malaysia.
Sebaga pengetahuan anda, semua syarikat penerbangan di
negara ini tidak akan membenarkan mana-mana penumpang untuk membawa buah durian
semasa menaiki flight kerana bau durian
yang begitu kuat dan menusuk hidung.
Kerana bau durian yang begitu kuat sekali, seseorang yang
terhidu bau durian di dalam jangka masa yang lama akan boleh menyebabkan pening
kepala dan seterusnya akan merasa mual, selain itu juga, bau ini akan melekat
pada kawasan yang terdedah dengan bau durian.
![]() |
Credit: Malaysian Airline |
Bagi sesetengah individu terutamanya warga asing seperti
daripada eropah atau barat, mereka amat sensitif dengan bau durian dan
kebanyakan dari mereka tidak menyukai bau durian hingga apabila terhidu bau
buah ini, menyebabkan mereka boleh muntah.
Apapun terdapat beberapa cara untuk membawa durian semasa
menaiki flight dan kebarangkalian buah durian yang anda bawa akan ditahan
adalah amat tipis sekali. Berikut adalah beberapa peralatan yang perlu anda
sediakan terlebih dahulu.
Peralatan yang perlu disediakan.
- Kontena plastik
- Foil aluminium
- Gunting
- Pita pelekat
- Tisu kertas
- Beg plastik
- Kain bersih
Cara penyediaan dan tips packing.
Pastikan buah durian yang
anda ingi bawah harus dibuka atau dikopek sehari sebelum flight anda
bagi memastikan kesegaran isi buah durian yang ingin anda bawa tersebut. Apabila
anda telah membuka buah durian, masukkan isi buah durian ke dalam bekas kontena
plastik.
Setelah selesai memuatkan isi durian ke dalam kontena plastik,
langkah seterusnya masukkan tisu kertas di atas isi durian dalam kontena untuk
mengelakkan pemeluwapan terjadi semasa di dalam perjalanan. Apabila selesai
step ini, pastikan tangan dibasuh dengan bersih dengan menggunakan sabun untuk
memastikan tiada bau durian yang melekat pada kontena.
Step yang seterusnya, tutup penutup kontena dan dengan
menggunakan pita pelekat yang berukuran lebar, lilitkan pita pelekat ke
keseluruhan penutup kontena dan pastikan tiada ruang yang anda rasakan terbuka.
Langkah yang seterusnya, dengan menggunakan foil aluminium,
lilitkan pada keseluruhan kontena plastik dan apabila selesai, gunakan pula
pita pelekat untuk memastikan lilitan foil aluminium kukuh dan tidak mudah
tertanggal. Menggunakan foil adalah untuk memastikan biji-biji durian tersebut tidak mudah dikesan oleh scan
di airport semasa bagasi anda melakukan imbasan scan.
Baik, apabila step ini selesai, bungkus kontena dengan kain bersih yang
lembab dan masukkan ke dalam beg plastik dan taburkan natrium bikarbonat / baking soda di sekitar kontena untuk
menutralkan bau durian yang mungkin akan keluar dari kontena.
Pada step ini, pastikan kontena yang telah dibungkus itu
tadi dimasukkan ke dalam peti ais untuk menjaga kesegaran isi buah durian
sehingga flight anda tiba.
Apabila di hari flight anda, masukkan bungkusan kontena isi
durian ke dalam beg bagasi yang disimpan ke dalam kargo dan jangan bawa kontena
itu ke kabin penumpang kerana dikuatiri bau durian akan keluar memenuhi ruang
kabin.
Idea ini adalah cara yang paling selamat untuk membawa
durian melalui flight tetapi lakukan pembungkusan dengan berhati-hati dan kemas
untuk memastikan bau durian tidak akan timbul. Anda juga boleh melakukan
beberapa semburan pewangi yang kuat melalui pembungkus kontena untuk menyahkan
bau yang mungkin akan timbul.
Sesetengah orang pula memberikan idea dengan menggunakan
serbuk kopi yang ditaburkan melalui bungkusan kain yang dililitkan pada kontena
bagi tujuan menyahkan bau. Bagaimana? Adakah idea ini agak keterlaluan? Selamat
mencuba.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.