Top 05 Laman Web Shopping Online Paling Kerap Dikunjungi Tahun 2018 - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Monday, July 23, 2018

Top 05 Laman Web Shopping Online Paling Kerap Dikunjungi Tahun 2018

Mungkin anda ingin mengetahui apakah laman web shopping online paling kerap sekali dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Web shopping ini tentunya begitu hebat kan? Hinggakan mendapat berpuluh ribu pelawat setiap hari dan mereka melakukan pembelian secara online sahaja.

Malaysia kini telah mencapai era digital. Ini dibuktikan dengan kewujudan banyak web shopping online yang begitu popular sekali di negara ini dan terdapat ramai masyarakat melakukan tempahan barangan secara online.

Tentu seronok bukan? Hanya membeli- belah di mana sahaja anda berada, di rumah, di kedai makan, di pantai dan di mana sahaja anda berada di negara ini yang mempunyai  jangkauan rangkaian internet, anda boleh bila-bila masa sahaja untuk bershopping online.

Senarai Web shopping online terkenal di Malaysia

1. Lazada.com.my

Menduduki tangga pertama setakat ini adalah dari laman web Lazada.com.my. Web e-dagang ini merupakan sebahagian daripada Lazada Group dan perintis laman e-dagang di Asia Tenggara.
Top 5
Photo By, PixLoger, Licenced Via Creative Commons
Web ini memberikan pengalaman membeli-belah online dengan begitu mudah sekali kepada pelanggan dengan hanya melalui telefon pintar dan juga melalui website. Website ini menduduki tangga ke 9 di negara ini.

2. Shopee.com.my

Web Shopee.com.my merupakan web yang kedua paling disukai oleh orang ramai untuk membeli-belah kerana tag line web ini yang memberi jaminan harga murah berbanding web shopping online yang line. Website ini menduduki tangga ke 11 di negara ini.

3.  Mudah.my

Web Mudah.my merupakan antara web shopping paling lama di negara ini dan terdapat begitu ramai sekali peniaga tempatan yang mengiklankan produk mereka melalui web ini.

Melalui web ini anda boleh mengiklankan apa produk seperti kereta, motor,  perlalatan rumah, pakaian, kasut, tanah, rumah, peluang pekerjaan dan banyak lagi.  Web ini menduduki tangga ke 14 di negara ini.

4. Taobao.com

Taobao.com adalah web shopping online daripada China dan amat popular sekali di Malaysia terutamanya pengguna Cina kerana kerana begitu banyak produk yang dijual serta harga produk yang begitu murah berbanding dengan harga pasaran Malaysia. Web e-dagang ini menduduki tangga 22 di negara ini.

5. 11street.my

Seperti Lazada dan juga Shopee, web 11street.my mempunyai peminat yang tersendiri dan mampu menarik orang ramai di negara ini untuk membeli belah secara online melalui web e-dagang mereka. Web ini menduduki tangga ke 49 di negara ini setakat ini.

Rujukan: Alexa.com 
Posted by Geoffrey Stephen
GeoffreyStephen.com Updated at: 3:16:00 AM

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.