Setiap tahun ramai pelajar akan melakukkan pembelian Pin UPU
melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) agar dapat melakukan permohonan ke university
tempatan.
Pin UPU ini perlu ada kerana anda harus memasukan nombor pin
yang dibeli melalui BSN semasa anda melakukkan permohonan untuk memasuki university tempatan melalui web rasmi UPU.
Sebagai pengetahuan anda UPU adalah satu cabang dari
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan permohonan pelajar ke university
awam di negara kita.
Tarikh pembelian Pin UPU tahun 2018 di BSN
Pada tahun 2018, pihak Bank Simpanan Nasional telah menetapkan
tarikh buka pembelian Pin UPU adalah bermula pada tarikh 11 June 2018 sehingga
13 Julai 2018.
Ini bermakna, selepas 13 Julai 2018, pembelian pin UPU akan
ditutup dan tidak lagi dijual kepada pelajar ataupun permohon.
Penjualan Pin UPU ini terbuka kepada permohon daripada
program lepasan SPM ataupun setaraf serta, program lepasan STPM ataupun
setarafnya.
Harga bagi setiap Pin UPU yang dijual kepada pelajar adalah
berharga RM 15.60 bagi setiap pin. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana bank
BSN, dan melakukkan pembelian Pin ataupun melakukkan pembelian melalui SMS.
Rujukan: BSN
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.