Cicak adalah haiwan yang suka merayap di dinding-dinding
rumah untuk mencari makanan seperti lipas dan juga serangga kecil yang lain.
Kehadiran cicak di rumah anda mampu mengawal lipas untuk
berkembang biak dengan lebih banyak, walau begitu sekiranya jumlah cicak di
rumah anda tidak terkawal banyaknya, perluny anda mencari jalan altenatif untuk
menghalau cicak-cicak di rumah anda .
Tidak semua orang menyukai cicak dan pelbagai cara telah digunakan
untuk menghalang kehadiran cicak di rumah mereka.
Artikel ini memberikan anda sedikit tips atau petua bagaimana untuk halau cicak agar tidak merayap di kediaman anda lagi.
Tips dan petua halau cicak yang berkesan
1. Amalkan kebersihan
Penjagaan kebersihan adalah petua yang paling asas
untuk menghalang cicak dari berkeliaran
di rumah anda. Persekitaran di dalam rumah yang tidak bersih dan makanan tidak
disimpan dengan baik akan mengundang serangga seperti lipas.
Apabila kehadiran lipas yang banyak di rumah anda, ia
seterusnya akan mengundang cicak untuk memburu lipas-lipas di rumah anda. Jika
anda membiarkan situasi ini di dalam jangka yang lama, cicak-cicak akan
bertambah banyak di rumah anda.
Oleh itu, pastikan makanan disimpan di tempat yang tertutup
dan sisa-sisa makanan pula harus dibuang dengan segera ke tong sampah di luar
rumah anda.
2. Gunakan semburan serai wangi
Di pasaran sekarang terdapat begitu banyak produk tempatan yang
dicipta untuk menghalau serangga umpamanya produk tanpa bahan kimia seperti
serai wangi.
Serai wangi mempunyai bau semulajadi yang sangat kuat dan ia
telah dikomersialkan untuk menghalau serangga seperti semut, lipas, lalat dan
juga cicak.
![]() |
Photo by, Wshehzad, Licenced Via Creative Commons |
Anda amat disaran untuk mendapatkan produk serai wangi dan
cara penggunaannya adalah amat mudah sekali. Anda hanya perlu melakukkan
semburan di dinding atau di laluan yang sering digunakan oleh cicak di rumah
anda.
Produk serai wangi tidak membunuh cicak tetapi ia berupaya
menghalau cicak dari datang semula ke rumah anda. Hanya lakukan semburan secara
rutin di kawasan yang terdapatnya cicak dan cara ini membuatkan cicak akan
meninggalkan kediaman anda buat selama-lamanya.
3. Semburan air sejuk (ketulan ais dan air sejuk)
Menggunakan semburan melalui air sejuk yang dicampuri dengan
ketulan ais adalah cara yang berkesan untuk menghalau cicak di rumah anda.
Lakukkan semburan campuran ketulan ais dan air sejuk kearah cicak
yang anda temui di kawasan rumah anda, cara ini menjadikannya tidak bergerak
buat seketika. Apabila hal ini berlaku, anda boleh membuang cicak ke luar rumah
tanpa membunuhnya.
4. Menggunakan semburan jus bawang putih
Bawang putih memiliki bau yang sangat kuat. Cicak tidak
menyukai bau dari bawang putih. Anda disaran untuk menyediakan jus bawang putih
dan lakukan semburan ke dinding dan tempat cicak bersembunyi di rumaha nda.
5. Kulit telur
Cicak tidak menyukai bau dari kulit telur kerana ia akan menganggapnya
terdapat pesaing yang sama sepertinya berada di kawasan sekitarnya dan akhirnya
cicak akan meninggalkan kawasan rumah anda.
Untuk melaksanakan petua ini, anda hanya meletakkan beberapa
cengkerang telur di sudut rumah anda, di laluan-laluan cicak, dan juga di tepi
tingkap.
6. Menggunakan bulu ayam / burung
Cicak mengetahui haiwan seperti ayam dan juga burung adalah
haiwan pemangsa yang suka memakan cicak dan ia amat takut dengan haiwan ini.
Sebagai petuanya, anda hanya meletakkan beberapa helai bulu
burung atau ayam di sudut-sudut rumah anda, belakang peti ais, belakang almari.
7. Bawang merah / bawang besar
Bawang merah memiliki gas sulfur yang amat kuat baunya.
Cicak amat tidak menyukai bau ini. Anda hanya perlu memotong bawang merah /bawang besar dengan beberapa bahagian dan
letakkan di kawasan yang selalu dilalui cicak di rumah anda.
Dalam beberapa hari anda akan dapati cicak-cicak ini akan
mula meninggalkan kediaman anda disebabkan bau bawang yang begitu menusuk.
Mengapa kita perlu menghalau cicak
Seperti yang kita katakana sebelum ini, apabila jumlah cicak
begitu banyak di rumah anda, ia akan mengundang persekitaran yang tidak sihat
dan kotor, seterusnya akan membawa anda
dan keluarga kepada risiko penyakit.
Petua-petua ini tidaklah terlalu kejam hingga membunuh
cicak-cicak di rumah anda tetapi hanya menghalau cicak untuk meninggalkan
kediaman anda.
Sebenarnya, menghalau cicak tidak lah terlalu sukar seperti
yang anda jangkakan. Anda haya perlu amalkan tips yang disarankan ini dan anda
boleh ucapkan selamat tinggal kepada cicak di rumah anda. Selamat mencuba!
Rujukan:- Homeremedyhacks.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.