Tahukah anda, Lazada adalah laman e-dagang nombor satu di
Malaysia setakat ini? Setiap hari terdapat beribu pengunjung datang untuk
membeli-belah secara online melalui laman web ini.
Amat hebat sekali laman e-dagang ini hingga bukan sahaja
terkenal di negara kita tetapi amat terkenal di Asia Tenggara sebagai laman
shopping online nombor satu.
Tentunya anda telah memasang impian untuk berniaga disini,
walau begitu, perlunya beberapa persediaan asas yang perlu anda ambil kira
untuk disediakan.
Beberapa persediaan perlu disediakan sebelum bermula berniaga di Lazada.
Berniaga di Lazada adalah satu keputusan yang bijak dan
tepat pada masanya untuk diri anda, walau begitu perlunya beberapa persediaan
yang perlu anda lakukan seperti beberapa
persediaan barangan, produk dan juga mungkin sedikit pembelajaran kemahiran
untuk berniaga di laman web e-dagang ini.
Baik, tanpa membuang masa, berikut adalah persediaan asas yang
perlu anda sediakan sebelum bermula berniaga di Lazada.
Mempunyai produk untuk dijual
Ya, tanpa produk untuk dijual, anda tidak mungkin dapat
berniaga di Lazada. Apakah produk yang anda ingin jual? Pastikan dahulu produk
yang anda ingin jual di Lazada adalah produk yang kurang persaingannya kerana
terdapat beribu pejual di Lazada dan mereka mungkin menjual produk yang mungkin
sama dengan anda.
Selain itu, pastikan produk yang anda ingin jual adalah
produk yang anda perolehi terus daripada kilang ataupun pemborong. Maksudnya
disini, mendapatkan produk daripada kilang atau pemborong menjadikan anda mampu
bersaing dengan pesaing yang ada di Lazada dengan menjualnya dengan harga yang
mungkin lebih murah.
Perniagaan telah didaftarkan di SSM
Jika anda telahpun memiliki kedai sendiri mungkin anda telah
pun mendaftarkan perniagaan anda dengan SSM (suruhanjaya Syarikat Malaysia),
bagi anda yang mungkin tidak memiliki kedai dan berhasrat untuk berniaga
sepenuhnya melalui atas talian, anda diwajibkan untuk mendaftarkan perniagaan
anda.
Begitu juga dengan Lazada, mereka mewajibkan semua ahlinya
yang berniaga melalui laman e-dagang mereka untuk mendaftarkan dengan SSM,
walaupun pada peringkat permulaan, mendaftarkan diri untuk berniaga di web ini
tidak memerlukan dokumen daripada SSM tetapi sekiranya produk anda telah
terjual, pihak Lazada akan mengarahkan anda untuk mendaftarkan perniagaan anda
menerusi SSM.
Memiliki internet dan laptop sendiri.
Untuk bermula berniaga secara online, perlunya anda memiliki
talian internet serta laptop atau komputer untuk membolehkan perniagaan atas
talian anda berjalan dengan lancar. Anda
boleh mendapatkan perkhidmatan internet daripada TM, seperti Streamyx, Unifi
atau perkhidmatan Broadband daripada Celcom, Maxis, Digi atau perkhidmatan
internet yang lain.
Jika anda berhasrat menjalankan perniagaan anda hanya di
rumah sahaja, mungkin anda disaran untuk mendapatkan perkhidmatan internet wifi
daripada TM kerana perkhidmatan wifi boleh digunakan seisi keluarga.
Bagi laptop atau komputer, anda boleh membelinya di
kedai-kedai komputer dan disaran untuk membeli komputer dengan harga yang
sederhana bagi menjimatkan kos belanja.
Mempunyai plastik pembungkus produk
Pihak Lazada sebelum ini telah menyediakan secara percuma
flyer (plastik pembungkus produk) untuk ahlinya tetapi pada masa sekarang,
pihak Lazada tidak lagi menyediakan plastik tersebut dan anda boleh membelinya sendiri di Lazada
atau menyediakannya sendiri.
Jika anda mempunyai kenalan terus daripada kilang, anda
boleh membelinya untuk kegunaan produk anda tetapi pastikan plastik pembungkus
mempunyai kualiti yang bagus dan tahan.
Memiliki telefon pintar
Mengapa telefon pintar? Sebenarnya pihak Lazada telah
mencipta aplikasi Lazada melalui Playstore dan iOS. Anda boleh muat turun
aplikasi melalui telefon pintar anda dan sudah tentunya memudahkan anda melihat
produk dan menguruskanya terus dari telefon pintar sahaja menerusi aplikasi
Lazada Mobile dan Lazada Seller.
Mempunyai kamera
Kamera diperlukan untuk mendapatkan photo produk anda dengan
lebih menarik, walau begitu, jika anda
mengalami kekangan bajet, kemera melalui telefon pintar mungkin masih boleh
digunakan untuk mendapatkan photo produk.
Kamera dengan photo yang berkualiti adalah satu senjata
untuk berniaga di Lazada ataupun di dalam talian kerana dengan photo produk yang jelas akan menarik pelanggan untuk
membeli produk anda.
Printer
Printer amat penting sekali di dalam perniagaan Lazada
kerana apabila adanya pesanan daripada pelanggan, anda harus melakukan cetakan beberapa
keping maklumat produk dan pembeli produk anda, cetakan maklumat ini harus disertakan
semasa anda mengepos produk anda kepada pembeli.
Sedikit pengetahuan mengedit photo
Sedikit pengetahuan mengenai komputer dan internet
Ya, komputer dan internet mesti anda tahu serba sedikit
untuk membolehkan perniagaan di atas talian berjalan lancar. Kesemua perniagaan
anda adalah 100% atas talian, oleh itu kemahiran komputer dan kemahiran
melayari internet adalah penting untuk dipelajari.
Kemahiran untuk packing produk
Kemahiran ini adalah penting bagi menjamin kualiti produk
anda agar bungkusan tidak rosak semasa di dalam proses penghantaran kepada
pelanggan. Selain itu, packing produk yang kemas akan mengundang rasa puas hati
pelanggan kepada anda dan tidak hairan pelanggan akan melakukan tempahan semula
produk anda.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.