Bagi anda yang masih baru dan ingin belajar mengenai Lazada
serta mahu mencuba berniaga menerusi
laman e-dagang ini, tentunya anda mahu belajar banyak perkara mengenai laman
web ini sebelum bermulanya dengan serius.
Sebelum ini telah dijelaskan secara sepintas lalu mengenai flyer Lazada melalui artikel Persedian AsasSebelum Berniaga Di Lazada, dan artikel ini pula akan menjelaskan agak
terperinci mengenainya.
Flyer merupakan plastic pembukus parcel yang dijual di Lazada berukuran A4 (Saiz M), A3 (Saiz L) dan A5 (Saiz lebih kecil dari saiz A4 dan A3).
Wajib atau tidak seller beli flyer di Lazada?
Sebelum ini Lazada membekalkan flyer kepada penjual secara percuma
sahaja, tetapi kini ianya harus dibeli melalui web Lazada itu sendiri.
Persolannya disini, perlukah membeli flyer di Lazada? Ya
perlu jika Lazada mempunyai stok flyer yang tersedia kerana flyer Lazada mengambarkan identiti Lazada
itu sendiri mengenai warna serta cop dagang yang terdapat pada flyer.
![]() |
Contoh Lazada Flyer Yang Dijual |
Walau begitu, pihak Lazada tidak mewajibkan anda untuk
membeli flyer dari mereka dan anda bebas untuk memilih dan mendapatkan flyer
anda sendiri tetapi anda masi terikat
dengan prosedur pembungkusan parcel dari Lazada.
Jika anda ke web Lazada, flyer Lazada selalu mengalami
kehabisan stok disebabkan telah habis dijual kepada seller-seller yang ada di
web e-dagang itu sendiri . Oleh itu anda harus mendapatkan flyer anda sendiri
sama ada membeli dari penjual-penjual persendirian di Lazada itu sendiri atau
melalui laman e-dagang lain.
Walau begitu, pastikan flyer yang anda gunakan harus
mempunyai kualiti yang baik dan tidak mudah koyak.
Terdapat soalan berbunyi begini, ‘’Boleh atau tidak jika
saya tidak perlukan flyer?’’ Sebenarnya, adalah lebih baik anda menggunakan
flyer sebagai pembungkus parcel anda agar ianya tahan dan parcel anda tidak
mudah rosak.
Jika anda tidak memerlukan flyer, pastikan parcel yang
dihantar kepada pelanggan dibungkus dengan begitu baik, telah mengikut kreteria
yang ditetapkan oleh Lazada serta kreteria dari syarikat penghantar barangan
yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.