Pertanyaan ini mungkin telah dijelaskan sebelum ini mengenai
artikel Persediaan Asas Sebelum Berniaga Di Lazada tetapi artikel kali ini akan
memberikan sedikit perjelasan lebih lanjut mengenainya.
Bagi peniaga yang telah memiliki kedai sendiri atau sebuah
syarikat yang besar, sudah tentunya perniagaan telah pun didaftarkan menerusi
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan golongan ini tidak menghadapi sebarang
masalah untuk mengiklankan perniagaan mereka menerusi Lazada.
Masalah sekarang adalah golongan individu persendirian yang
berniaga secara online hanya melalui rumah mereka dan kerajaan sekarang
mewajibkan setiap peniaga online harus mendaftarkan diri mereka melalui SSM
tidak kira hanya berniaga online dari rumah sahaja.
Sehubungan dengan arahan kerajaan, pihak Lazada juga telah
mengamalkan dasar yang sama untuk mematuhi arahan kerajaan dan telah mewajibkan
setiap peniaga yang ingin berniaga di Lazada harus mendaftarkan dengan SSM
terlebih dahulu.
Mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Apa pun alasannya anda harus mendaftarkan perniagaan anda di
SSM, dan ia tidaklah sesukar mana untuk mendaftarkan perniagaan anda. Hanya
memerlukan anda untuk datang di mana-mana terdapatnya pejabat SSM di kawasan
anda.
![]() |
Web SSM |
Selain itu juga, anda juga perlu membawa wang untuk
pendaftran perniagaan anda. Pendaftarn perniagaan melibatkan (02) kategori
iaitu pendaftaran dengan menggunakan nama sendiri seperti di dalam Mykad
ataupun pendaftaran menggunakan nama tred.
Pendaftaran dengan menggunakan nama sendiri
Jika anda memilih untuk mendaftarkan perniagaan online anda
dengan menggunakan nama sendiri seperti di dalam Mykad, berikut adalah kos yang
anda perlu bayar untuk pendaftaran, jenis borang, dan kos maklumat perniagaan.
- Harus mengisi Borang A
- Kos Pendaftaran RM 30.00
- Bayaran maklumat perniagaan RM 10.00
- Jumlah kos RM 40.00
- Perniagaan yang didaftarkan adalah milikan tunggal sahaja
Pendaftaran dengan menggunakan nama tred
Jika anda memilih untuk mendaftarkan perniagaan online anda
dengan menggunakan nama tred, terdapat sedikit perbezaan dari segi kos dan juga
borang yang perlu diisi. Nama tred adalah nama perniagaan pilihan anda contohnya
Cahaya Bersatu Enterprise, atau nama-nama yang lebih unik yag sesuai dengan
jenis perniagaan anda.
Pastikan nama perniagaan pilihan adalah nama yang masih
belum digunakan oleh orang lain kerana anda tidak dapat mendaftarkan perniagaan
anda jika terdapat nama yang sama dengan perniagaan orang lain yang telah
didaftarkan di SSM.
- Harus mengisi Form PNA42 untuk permohonan pendaftaran nama perniagaan untuk kelulusan.
- Wajib mengisi borang A iaitu borang pendaftran perniagaan.
- Kos daftar perniagaan RM 60.00
- Kos maklumat perniagaan RM 10.00
- Jumlah kos RM 70.00
Rujukan pengisian borang SSM.
Anda boleh terus ke web rasmi SSM untuk melihat contoh borang pendaftaran perniagaan, contoh borang permohonan nama perniagaan, dan cara mengisi borang, walau begitu, anda boleh merujuk melalui link yang disediakan disini untuk rujukan.
- Contoh Borang A: Pendaftaran perniagaan.
- Contoh Borang A: Contoh mengisi borang
- Contoh Borang PNA42: Borang permohonan nama perniagaan
- Contoh Borang PNA42: Contoh mengisi borang
Pendataran perniagaan di SSM melalui online.
Ianya agak mudah bukan? Hanya datang ke SSM, bawa dokumen
yang diperlukan dan bawa sedikit wang untuk pendaftaran dan selesai, anda kini
telah mendaftarkan perniagaan anda dan boleh berniaga di Lazada.
Selain dari cara untuk datang ke mana-mana kaunter SSM untuk
mendaftarkan perniagaan terdapat cara yang lebih mudah untuk mendaftarkan
perniagaan anda dengan hanya melalui online sahaja.
Anda hanya perlu melayari laman web ezbiz.ssm.com.my dan
lakukan pendaftaran perniagaan anda menerusi web tersebut.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.