Ubat kuning atau yellow lotion merupakan ubat yang telah
dikenali oleh orang ramai sejak dari dahulu lagi. Setiap rakyat di negara ini
mesti mengenali ubat ini sebagai ubat untuk mengubati luka-luka yang kecil.
Setiap kit perubatan pula, ubat kuning ini mesti wajib ada
sebagai persedian untuk mengubati luka yang biasa akibat kecederaan.
Di pasaran pula terutamanya di farmasi-farmasi, yellow
lotion ini begitu mudah diperolehi dan mempunyai pelbagai jenama mengikut dari
syarikat pengeluar ubat itu sendiri.
Kegunaan ubat kuning untuk mengubati luka dan cara penggunaan.
Ubat kuning merupakan
losyen antiseptic yang amat sesuai untuk
mengubati luka-luka yang kecil ataupun luka akibat terbakar.
Ubat ini mampu menghalang luka-luka daripada terkena
jangkitan bakteria kerana kandungan aktif antiseptic yang ada pada ubat ini.
![]() |
Credit: Shopee |
Untuk aktiviti-aktiviti luar pula, ubat ini juga amat sesuai
untuk dibawa bersama-sama.
Cara-cara penggunaan.
Untuk menggunakan ubat ini, anda hanya perlu menyapukan ke
atas luka dan biarkan sehingga kering. Bahagian luka yang telah disapukan oleh
ubat ini akan kelihatan kuning disebabkan kandungan warna pada ubat tersebut.
Sebagai peringatan anda, ubat kuning digunakan untuk
kegunaan hanya pada luaran sahaja dan perkara yang harus dielakkan adalah
terkena pada mata, hidung, mulut dan anda dilarang sama sekali untuk
meminumnya.
Kandungan aktif ubat kuning
Selalunya kandungan aktif yang terdapat pada ubat kuning
adalah Acriflavine HC, Preservative, dan Sodium Benzoate.
Walau begitu, kandungan aktif yang terdapat pada ubat kuning
berbeza-beza mengikut jenama dan pengeluar ubat kuning.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.