Kandungan Nutrien Di Dalam Telur Ayam - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Sunday, July 15, 2018

Kandungan Nutrien Di Dalam Telur Ayam

Apa yang pertama keluar, ayam atau telur? Pilihan saya adalah telur, lebih-lebih lagi selepas artikel ini ditulis mengenainya. 

Tahukah anda, perdebatan terbaru dan paling popular sejak kebelakangan ini ialah, apa yang lebih baik, kuning telur atau putih telur?

Telur merupakan sumber  protein yang lengkap dengan beberapa kalori. Sebiji telur keseluruhannya mempunyai  5.5 gram protein dan mengandungi 68 kalori. 

Telur mengandungi choline,  iaitu nutrient yang  amat diperlukan oleh badan kita. Tanpa kandungan choline yang mencukupi, anda boleh menjadi kekurangan nutrien penting yang lain iaitu asid folik.

Mari kita lihat lebih dekat diantara putih telur dan juga kuning telur.

Kandungan putih telur

Putih telur mengandungi kalori  yang rendah dan  tanpa lemak. Ia juga mengandungi kandungan protin yang cukup banyak iaitu di dalam anggaran  4 gram protein, 55 mg natrium dan hanya 17 kalori. 

Kandungan putih telur di dalam sebiji telur mempunyai 1.3 mg folat, 6.6 mcg selenium, 2.3 mg kalsium, 3.6 mg magnesium, 4.9 mg fosforus,  dan 53.8 mg kalium.

Kandungan kuning telur

Ya, memang benar, kuning telur mengandungi kolesterol, lemak dan lemak tepu. Walau bagaimanapun, apa yang sering diabaikan adalah mengenai kandungan nutrient yang lain di dalam kandungan kuning telur yang amat bagus seperti vitamin larut lemak, lemak asid, dan lain-lain lagi.
Photo By, Alexas_Fotos, Licenced Via Creative Commons 
Kuning telur di dalam sebiji telur mempunyai sekitar 55 kalori, 4.5 gram lemak dan 1.6 gram lemak tepu, 210 mg kolesterol, 8 mg natrium, dan 2.7 gram protein.

Kuning telur mempunyai nutrien yang lebih banyak, tetapi pada pendapat saya,  keseluruhan telur itu sendiri iaitu kuning telur dan putih telur memberikan nutrient pemakanan yang paling lengkap.

Selama bertahun-tahun terdapat cadangan yang berbeza-beza  mengenai bahagian telur manakah  yang lebih baik.

Penyelidikan terbaru telah menunjukkan bahawa kepercayaan sebelum ini adalah bertentangan dengan kepercayaan sebelumnya, iaitu pengambilan telur yang sederhana  tidak mempunyai kesan negatif terhadap kolesterol.

Kajian terkini  juga telah menunjukkan bahawa pengambilan telur anggaran  dua kali sehari tidak akan mempengaruhi profil lipid seseorang malahan ia sebenarnya akan memberikan kesan yang lebih baik.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa lemak jenuh yang menimbulkan kolesterol dan bukannya diet kolesterol.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami penyakit arteri koronari atau mempunyai masalah kesihatan jantung seperti kolesterol yang tinggi, anda masih dicadangkan untuk mengehadkan pengambilan makanan kolesterol.

Biasanya  makanan tinggi lemak dan makanan tinggi lemak tepu  juga akan lebih tinggi dalam kolesterol.- Grace Derocha
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: July 15, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.