Kad Kredit Maybank Hilang – Apa Harus Dilakukan? - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Wednesday, July 11, 2018

Kad Kredit Maybank Hilang – Apa Harus Dilakukan?

Maybank telah menetapkan beberapa panduan buat pemilik kad kredit Maybank sekiranya berlakunya kehilangan kad kredit mereka sama ada hilang ataupun dicuri.

Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, perlunya langkah-langkah yang betul untuk memastikan pihak Maybank melakukkan sekatan terhadap kad kredit anda dengan serta-merta.

Oleh itu, perlunya anda mengetahui prosuder yang disarankan oleh pihak Maybank jika anda mengalami kehilangan kad.

Tips-tips yang perlu dilakukkan jika kad kredit Maybank hilang atau dicuri

Talian kecemasan Maybank

Jika kad anda hilang di dalam simpanan anda atau ianya telah dicuri, pihak Maybank telah memberi saranan untuk menghubungi terus talian ini, 03-2072 1373 ataupun  1-800 883231 (Tol Bebas)  untuk urusan pembatalan  dan juga sekatan kad agar tidak disalahgunakan oleh pihak ketiga.
Sebagai pengetahuan anda, anda boleh menghubungi talian ini bila-bila masa sahaja kerana ianya dibuka 24 jam sehari dan dibuka sepanjang minggu.

Tips perlu dilakukkan apabila kad hilang di luar negara

Anda tidak perlu risau sekiranya kad anda secara tidak sengaja hilang atau dicuri semasa anda berada di luar negara kerana pihak Maybank telah menetapkan beberapa panduan yang harus dihubungi untuk melaporkan kehilangan kad.

Kehilangan Visa

Talian kecemasan sekiranya kad Visa anda hilang di mana-mana negara. (VEAC)

1.Singapura - 800 4481 250
2. Malaysia - 1 800 802 997
3. Australia - 1 800 450 346
4. United Kingdom - 0800 1695 189
5. Jepun - 00531 44 0022
6. New Zealand - 0508 600 300
7. Amerika Syarikat - 866 765 9644

Bagi pemegang kad Visa Maybank Gold yang tidak dapat menggunakan kad tersebut di mana-mana negara, pihak Maybank telah memberi saranan untuk memghubungi di talian 612-9235 0260.
Kredit Photo: Visa
Untuk mendapatkan nombor telefon bantuan di negara-negara yang lain, anda boleh melayari terus web rasmi Visa www.visa.com atau menghubungi pusat bantuan Maybank di talian 1-300 88 6688.

Kehilangan Masterkad

Sekiranya kad masterkad anda hilang di mana-mana negara, berikut adalah panduan ataupun talian yang harus anda hubungi untuk melaporkan segera kehilangan kad anda.

1. Singapura - 800 1100 113
2. Malaysia - 1-800 804 594
3. Australia - 1-800 120 113
4. United Kingdom - 0800 96 4767
5. Jepun - 00531 11 3886
6. New Zealand - 0800 44 9140
7. Amerika Syarikat - 1 800 307 7309

Tahukah anda, sekiranya anda mengalami kehilangan kad anda dan ingin melakukkan pengantain dengan segera masterkad anda atau lain-lain bantuan, terdapat 2000 pejabat perwakilan Thomas Cook yang boleh membantu anda dalam urusan ini di di seluruh dunia. Hebat bukan?

Untu mendapatkan panduan nombor talian yang lengkap, anda hanya perlu melayari terus web rasmi masterkad di www.mastercard.com  atau menghubungi Maybank di talian 1-300 88 6688.

Kehilangan kad American Express

Bagi pemegang kad kredit American Express, anda hanya perlu menghubungi pejabat khidmat pelanggan Maybank di talian 603-2166 8822. Anda boleh menghubungi talian ini bila-bila masa sahaja kerana talian ini dibuka 24 jam sehari. 
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: July 11, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.