Google Mengubah Adwords Menjadi Google Ads - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Friday, July 13, 2018

Google Mengubah Adwords Menjadi Google Ads

Bermula pada tarikh 24 julai 2018, Google telah mengumumkan terdapat perubahan mengenai produknya iaitu Google AdWord bertukar kepada jenama yang baru iaitu Google Ads.

Google Ads ini akan mewakili semua kempennya yang telah sedia ada pada masa ini seperti  video, search, dan display.

Berita ini harus diketahui oleh semua pengguna AdWords agar tidak terkejut dengan perubahan yang dilaksanakan oleh Google kerana terdapat banyak perubahan yang akan dilaksanakan.

Mengikut artikel yang disiarkan oleh Google perubahan-perubahan yang dilakukan adalah seperti logo baru dan jenama yang baru,  ini bermakna, logo dan jenama ini akan terlihat di kesemua bahagian Google Ads itu sendiri, seperti  di dalam bahagian produk, dokumen pengagihan, dan lain-lain.
Selain itu juga URL yang lama juga akan berubah mengikut jenama yang baru misalnya URL sebelum ini adalah adwords.google.com dan akan menjadi ads.google.com. URL pusat bantuan pula akan menjadi seperti ini, URL lama adalah support.google.com/adwords dan akan bertukar menjadi support.google.com/google-ads.
Google Adwords
Apa yang pasti, menurut Google segala perubahan ini tidak akan mempengaruhi mengenai penampilan, navigasi, ataupun mengenai kempen anda.

Pihak Google juga telah memberi panduan kepada pengguna untuk merujuk dengan lebih lanjut tentang perubahan yang akan dilaksanakan ini. Anda boleh merujuknya melalui bantuan Google disini.
Google Ads
Bagi pengguna yang telah sekian lama menggunakan perkhidmatan Google Adwords, anda harus menyesuaikan diri dengan segera mengenai perubahan yag telah dilaksanakan oleh pihak Google mengenai penjenmaan semula produk barunya ini.- Google.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: July 13, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.