Cara Bayar Bil Celcom Postpaid Secara Online - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Thursday, July 12, 2018

Cara Bayar Bil Celcom Postpaid Secara Online

Adakah anda adalah pengguna Celcom Postpaid? Mungkin anda akan tertanya-tanya bagaimana ingin melakukan pembayaran bil Celcom dengan mudah?

Zaman sekarang adalah zaman yang serba canggih, hanya duduk di rumah sahaja pun boleh melakukkan pembayaran bil. Ya, kebanyakan bil apa pun seperti bil telefon, air, elektrik, astro, dan bil-bil lain boeh dibayar secara online sahaja.

Jika beberapa tahun dahulu, system pembayaran bil kebanyakannya hanya dapat dilaksanakan melalui kaunter dan tentunya amat melecehkan apabila terpaksa menunggu terlalu lama hanya semata-mata untuk melakukan pembayaran bil.

Step by step cara bayar bill Celcom postpaid secara online.

Baik berikut adalah panduan untuk melakukan pembayaran bil Celcom Postpaid secara onlie. Ikuti step-step yang diajar ini.

1. Muat turun aplikasi MyCelcom Postpaid

Muat turun aplikasi My Cecom Pospaid di Android melalui Playstore  atau jika anda pengguna Apple melalui App Store.
My Celcom Pospaid
Selepas proses  muat turun selesai, anda perlu melakukkan pendaftaran dahulu. Tips untuk pendaftaran yang cepat, hanya masukkan nombor telefon anda sahaja.

2. Step pembayaran bil Celcom

a) Buka aplikasi MyCelcom Postpaid

 Buka aplikasi My Celcom Pospaid, dan melalui paparan hadapan, ‘Home’ anda boleh melihat bil semasa anda.

b) Tekan butang Pay Bill Now

Apabila anda  menekan butang Pay Bill Now, paparan seterusnya akan menunjukkan nombor telefon anda dan aturan pilihan pembayaran iaitu online payment atau  Payment via Reload Pin.

Online Payment
Pilihan pembayaran ini melibatkan pilihan pembayaran melalui kad kredit, kad debit dan juga hanya melalui online banking seperti maybank2u, cimb clicks, RHB Now, Affin Bank, Alliance Bank, Am Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BSN, Hong Leong Connect, HSBC, KFH online, OCBC Bank, Public Bank, Standard Chartereddan UOB Bank.

Selain itu kaedah pembayaran ini akan memberi anda pilihan sama ada anda melakukan pembayaran penuh terhadap bil atau pembayaran mengikut amaun pilihan anda sendiri.

Online payment adalah pilihan ramai pengguna kerana cara pembayaran yang begitu mudah, pembayaran bill hanya di hujung jari anda.
Payment via Reload Pin
Pilihan pembayaran ini melibatkan anda perlu memasukkan 16 nombor reload pin. Cara ini mempunyai caj perkhidmatan sebanyak 5% yang akan dibillkan ke dalam bill anda.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: July 12, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.