Bolehkah Bawa Pisau Semasa Menaiki Kapal Terbang? - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, July 24, 2018

Bolehkah Bawa Pisau Semasa Menaiki Kapal Terbang?

Semasa melancong di dalam negara, ada di antara anda ingin membawa sesuatu sebagai buah tangan umpamanya seperti pisau, parang, keris dan pedang  untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Tetapi perjalanan anda pula memerlukan harus menaiki kapal terbang untuk sampai ke destinasi anda.

Ramai diantara anda tentunya akan tertanya-tanya boleh atau tidak membawa benda seperti ini ketika menaiki kapal terbang.  Baik, berikut adalah beberapa perjelasan agar  anda memahami peraturan-peraturan ini.

Cara-cara membawa pisau yang dibeli semasa melancong semasa menaiki flight.

Secara realitinya perlatan tajam seperti seperti pisau, parang, keris atau pedang memang tidak boleh dibawah dan amat dilarang sekali semasa menaiki flight terutamanya jika anda ingin membawa ke dalam kapal terbang.

Pihak keselamatan kapal terbang di airport akan menahan anda dan akan merampas pisau yang anda bawa semasa pemeriksaan keselamatan dijalankan.
Kapal terbang
Photo by, Mohamed Hassan, Licenced Via Creative Commons

Walau begitu masih terdapat cara untuk membawa peralatan tersebut tetapi harus mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan itu sendiri.

1) Apa yang anda harus lakukan adalah, bungkus dengan kemas pisau yang anda bawa tersebut dengan surat khabar dan jangan lupa lekatkan sekali dengan pita pelekat agar pembungkus tidak mudah tertanggal.

2) Beritahu terlebih dahulu pihak keselamatan airport semasa proses imbasan beg bagasi dan juga staff kaunter check in bagasi bahawa  anda membawa pisau yang dibeli semasa anda melancong dan membawanya untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

3) Beg menempatkan pisau yang anda ingin bawa itu tidak boleh dibawa memasuki ke ruang penumpang kapal terbang tetapi hanya boleh dibawa dan disimpan ke dalam kargo kapal terbang.  

Sekiranya anda ingin membawanya juga, risikonya anda akan ditahan semasa pemeriksaan keselamatan ketika memasuki ruang  ke dalam kapal terbang.

4) Sekiranya boleh, adalah lebih baik jika sebelum berlepas menaiki flight anda, pergi ke mana-mana balai polis terdekat dan buat satu laporan khas sebagai rujukan pihak airport bahawa anda membawa pisau  untuk dijadikan sebagai kenangan-kenangan semasa melancong.

Artikel ini ditulis berpandukan pengalaman penulis dan juga pengalaman rakan-rakan yang membawa parang, pisau, keris, dan pedang semasa melancong di sekitar negara ini dan harus menaiki flight untuk balik ke destinasi asal.

Walau begitu, anda mesti harus merujuk sepenuhnya kepada pihak airport untuk mengetahui prosedur terkini mengenai aturan membawa peralatan ini kerana  prosedur boleh berubah mengikut masa dan ketentuan dari pihak lapangan kapal terbang.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: July 24, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.