Mungkin anda ingin mengetahui apakah bank yang paling kerap dikunjungi secara online pada tahun 2018. Pengetahuan ini membolehkan anda mengetahui serba sedikit pengaruh bank tersebut terhadap masyarakat di negara ini.
Maksudnya disini, bank yang tersenarai ini mempunyai berjuta pengunjung setiap hari untuk melakukan urusan transaksi kewangan secara online, semakan baki, atau lain-lain urusan. Tentu hebat kan? Bank yang sesak dengan pengunjung secara maya.
Senarai bank paling sesak dikunjungi secara online tahun 2018
Maybank2u.com.my
Sesiapa yang tidak kenal denan bank Maybank? Mungkin setiap orang di negara ini amat mengenali bank ini dan kebanyakan daripada mereka merupakan pengguna Maybank itu sendiri.
Dari segi ranking web di negara ini, bank ini berada di tangga yang ke 7 dari carta. Ini bermakna setiap hari, terdapat berjuta pengguna melayari web site rasmi Maybank untuk berurusan secara online.
![]() |
Photo by, Coffee, Licenced Via Creative Commons |
Bank ini merupakan bank CIMB dan berada di tangga kedua bank paling kerap dikunjungi secara online pada tahun 2018. Pengguna akan melayari web Cimbclick.com.my untuk urusan transaksi, bayaran bil, dan urusan lain.
Ranking Cimbclick.com.my pada ketika ini berada di rank ke 16 dari senarai top 50 web di negara ini dan jumlah pengunjung melayari web ini masih jutaan orang setiap hari.
Pbebank.com
Pbebank.com, merupakan laman web rasmi bank Public Bank dan bank ini merupakan pilihan orang ramai yang ketiga berdasarkan aliran carta ataupun rangking bank ini sendiri berdasarkan jumlah kunjungan orang ramai.
Daripada senarai top 50 web di negara ini, Pbebank.com masih berada di tangga ke 21 dan ia masih berada di rangking yang patut dibanggakan.
Rujukan mengenai ranking bank
Ranking bank ini merujuk sepenuhnya daripada web bertauliah dan terkenal di dunia iaitu alexa.com sebagai web yang mempunyai kuasa untuk menentukan ranking sesebuah web di seluruh dunia.
Web ini akan menyimpan segala data-data aliran trafik dari website di seluruh dunia di dalam 3 bulan yang terakhir dan akan menentukan mengenai ranking web sesebuah web berdasarkan secara global, mengikut negara dan juga mengikut kategori.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.