Apakah Ramuan Mee Maggi Perencah Kari? - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Monday, July 16, 2018

Apakah Ramuan Mee Maggi Perencah Kari?

Anda mungkin peminat mee segera dan ingin mengetahui kandungan ramuan-ramuan yang terdapat pada mee Maggi perencah kari.

Sebagai pengetahuan anda, mee Maggi perencah kari telah diformulasikan dengan rasa kari yang sebenar khas untuk peminat kari.

Pihak pengeluar juga memberi saranan mengenai penyediaan hidangan  agar kelihatan lebih seimbang dengan  menambahkan sayuran segar serta daging ayam, telur dan juga tauhu.

Dengan saranan penyediaan hanya menggunakan  dua cawan air panas sebanyak 360 ml, anda hanya perlu menunggu 2 minit sahaja dan mee Maggi perencah kari siap untuk dihidangkan.

Kandungan ramuan yang terdapat pada mee Maggi perencah kari.

Ramuan pada mee

Tepung gandum, minyak kelapa sawit, garam, mineral (kalium klorida). Selain itu juga, mengandungi penstabil sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Aditif makanan pula adalah daripada sumber tumbuhan atau sintetik.

Ramuan yang terkandung dalam perencah sup

Jintan putih, bawang, ketumbar, bawang putih, rempah, mineral (kalium klorida), gula, cili, tepung gandum, kanji ubi kayu, garam, lemak dan olein kelapa sawit.

Mengandungi mononatrium gultamat, ekstrak yis, natrium inosinat serta natrium guanilat untuk penambah perisa yang dibenarkan. Mengandungi pengawal asid, penstabil dan agen anti pergerakan sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.
Maggi kari
Mengandungi perisa (kandungan soya) dan juga pewarna yang dibenarkan. Aditif makanan pula adalah daripada sumber tumbuhan atau sintetik.
Selain itu juga kemungkinan mengandungi sisa krustasia, ikan, saderi, biji sawi dan susu. Mee Maggi perencah kari dikilangkan di Malaysia melalui ejen pengilang iaitu Nestle Product Sdn. Bhd.

Rujukan: Mee Maggi Perencah Kari
Kredit Photo: Shoppingplus.ph
Posted by Geoffrey Stephen
GeoffreyStephen.com Updated at: 3:13:00 AM

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.