Nutella Ferrero merupakan cokelat yang amat terkenal sekali
di dunia kerana rasanya yang begitu sedap dan unik. Cokelat ini selalunya dijadikan sebagai sapuan pada roti untuk sarapan pagi.
Katakan sesiapa sahaja, semua orang memang menyukai Nutella
Ferrero.
Produk Nutella Ferrero di Malaysia merupakan produk buatan
dari negara Australia iaitu syarikat Ferrero Australia Pty.Ltd yang diimport
oleh Ferrero Malaysia Sdn.Bhd yang beribu pejabat di Puchong Selangor serta
syariakt Rajamas daripada negara Brunei.
Nuttella merupakan bahasa Itali yang memberi gambaran
mengenai gabungan resepi manisan diantara hazelnuts dan koko yang telah
diperkenalkan sebuah syarikat dari Itali iaitu Ferrero pada tahun 1965 dan syarikat ini telah pun berkembang ke
merata dunia.
Maklumat serta kandungan bahan-bahan dalam Nutella Ferrero.
Berikut merupakan kandungan bahan-bahan yang ada di dalam
cokelat Nutella Ferrero. Serbuk koko
yang telah dikurangkan sebanyak 7.4%, hazelnut 13%, serbuk susu skim 8.7%, gula,
lemak sayuran (sawit).
Pengemulsi: Lecithin (soya), perasa (vanillin) mengandungi
pengemulsi makanan yang dibenarkan dan juga bahan perisa yang dibenarkan serta asal
sintetik.
Maklumat alergen:
Mengandungi hazelnuts, susu, soya.
Adakah produk Nutella Ferrero halal?
Melalui pemerhatian melalui Nutella Ferrero 350g yang dijual di pasaran Malaysia, ia mengandungi
logo Halal dan bertulis Halaal National NIHT Independent Halaal Trust.
Saranan penyimpanan.
Pihak pengilang telah memberi saranan untuk menyimpan Nutella
Ferrero di tempat yang kering dan sejuk
untuk menjamin kualiti cokelat.
Selain itu anda juga disarankan jangan menyimpan
Nutella Ferrero di dalam peti ais kerana ia akan mengeras.
![]() |
Credit: Alibaba |
Dimana anda boleh perolehi Nutella Ferrero?
Anda boleh mendapatkan Nutella Ferrero di mana-mana pasaraya
tetapi produk ini agak mahal kerana ia adalah produk import.
Walau begitu, anda
boleh mendapatkan dengan harga yang lebih murah menerusi pembelian online misalnya melalui Shopee.com.my.
Selain itu, anda juga boleh membeli Nutella Ferrero di
kawasan bebas cukai seperti di Langkawi dan juga Labuan kerana pulau-pulaubebas cukai ini mempunyai stok bekalan yang banyak.
Produk Nutella Ferrero
boleh diperolehi melalui packing 52g, 200g, 350g, 350g, 400g, dan lain-lain
lagi.
Rujukan: Nutella Ferrero 350g
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.