Adakah anda menyukai serbuk lada hitam (Balack pepper?
Sesetengah dari anda, amat meminati makanan yang dicapuri perisa lada hitam
terutamanya masakan sup kerana rasanya yang begitu sedap sekali.
Antara pengeluar produk perisa lada hitam di negara ini yang
begitu terkenal adalah daripada keluaran syarikat Ajinomoto Berhad yang
beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Produk keluaran syarikat ini begitu mudah diperolehi kerana
terdapat banyak dijual di mana-mana pasaraya dan juga kedai-kedai runcit.
Kandungan bahan perisa lada hitam Aji-Shio
Baik, hasil penelitian penulis yang merupakan peminat lada
hitam Aji-Shio, berikut merupakan kanduangan bahan perisa yang terdapat pada
produk perisa lada hitam Aji-Shio.
![]() |
Photo Credit: Carrefouruae |
Saranan Penyimpanan
Pengilang menyarankan, setelah anda membuka plastic penutup,
pastikan sentiasa ditutup dengan rapat dan disimpan di tempat kering dan
dingin. Selain itu elakkan daripada terus terkena sinaran cahaya matahari untuk
mengelakkan daripada rosak.
Cara menggunakan perisa lada hitam Aji-Shio
Sebenarnya tiada saranan yang lebih detail dari pengilang
mengenai cara penggunaan perisa lada hitam Aji-Shio, tetapi anda sedia maklum,
perisa lada hitam ini amat sesuai digunakan dalam penambah perisa di dalam
makanan atau masakan anda.
Bagi penulis, perisa lada hitam Aji-Shio amat sedap sekali
sebagai panamba perisa di dalam sup masakan anda seperti sup ayam, ataupun sup
daging. Wala begitu, perisa lada hitam mempunyai rasa yang agak pedas.
Rujukan: Aji-Shio Flavored Black Pepper
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.