Ya memang betul, anda boleh mendapatk MyKad gantian semula di jabatan berkenaan tetapi tahukah anda, kehilangan Mykad akan menyebabkan anda akan dikenakan denda oleh pihak JPN?
Denda yang akan dikenakan bukannya murah. Walaubagaimanapun, sekiranya MyKad yang hilang atau tercicir disebabkan kecuaian anda, perlunya melakukan tindakan segera bagi mendapatkan MyKad baru jika anda telah pun berusaha mencari MyKad anda tetapi tidak berjaya menjumpainya.
Lapor Segera Kehilangan MyKad Di Balai Polis
Sekiranya dompet atau MyKad anda tercicir sama ada atas kecuaian anda atau sebaliknya, lapor segera kehilangan dompet anda di balai polis berhampiran tempat tinggal anda.Hal ini penting untuk menafikan sekiranya orang tidak bertanggungjawab menggunakan [email protected] anda untuk melakukan perkara tidak baik seperti mendaftarkan MyKad anda ke talian telco bagi tujuan untuk menipu, melakukan jenayah dan sebagainya.
Bila hal ini berlaku, anda akan menghadapi masalah, misalnya berisiko dipanggil oleh pihak polis atau anda berisiko menghadapi hutang bil telefon dari pihak telco.
Buat Gantian Semula Mykad Baru Di JPN
Nasihat penulis, buat laporan polis dengan segera mengenai kehilangan MyKad anda walaupun pihak JPN memberi kelonggaran tidak perlu membuat laporan polis sekiranya kehilangan MyKad pertama kali.Laporan polis tidak mengambil masa lama, hanya mengambil masa anggaran 15 minit ke 30 minit untuk anda mendapatkan laporan khas dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 2 untuk yuran perkhidmatan.
![]() |
Contoh MyKad |
Baca Juga: Cara Mudah Bayar Saman Polis (PDRM) Melalui Mesin ATM Mybank
Jika anda mengalami kehilangan MyKad kali kedua, kali ketiga dan seterusnya, barulah wajib untuk anda membuat laporan polis dan laporan tersebut perlu dibawah untuk ditunjukkan kepada JPN.
Selesai urusan di balai polis, bawa laporan itu ke pejabat JPN berhampiran dan mereka akan memproses permohonan anda. Kehilangan MyKad pertama kali, anda akan dikenakan denda dalam anggaran sebanyak RM 110.00 oleh pihak JPN, denda kehilangan kali kedua pula RM 310.00 dan denda kehilangan kali ketiga RM 1,010.00.
Pihak JPN sebenarnya mengenakan denda kepada individu yang kehilangan MyKad termasuklah kos pemprosesan sebanyak RM 10 dan sebagai peringatan kepada individu itu sendiri agar tidak menghilangkan MyKad secara cuai.
MyKad Digunakan Untuk Kegiatan Jenayah
Tidakah anda risau sekiranya penjenayah akan menjumpai MyKad anda? Mereka akan tersenyum dan fikiran mereka amat laju berfikir, bagaimana menggunakan MyKad anda untuk kegiatan jenayah.Anda harus tahu akan risiko ini. Cuba anda fikirkan sekiranya terdapat individu berniat jahat dan sengaja meletakan MyKad anda di kawasan tempat berlakunya jenayah curi yang dilakukannya. Perkara ini sudah tentunya pihak Polis akan mengesyaki anda telah terlibat dalam kejadian curi tersebut.
Oleh yang demikian, jangan sesekali mengambil mudah sekiranya MyKad anda hilang. Dokumen ini umpama nyawa kepada anda dan harus dijaga sebaik mungkin supaya tidak tercicir atau hilang.
MyKad penting sebagai identiti diri
Pesanan penulis, artikel ini diharap dapat membuka minda orang ramai mengenai kepentingan MyKad. Sekiranya terdapat pembaca mempunyai sebarang kemuskilan mengenai artikel ini, anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah.Baca Juga: Kad ATM Maybank Hilang - Perlu Atau Tidak Buat Laporan Polis
Mereka ini tidak mempunyai taraf kerakyatan, dipinggirkan di tanah kelahiran mereka sendiri kerana perbezaan agama, ideologi, bangsa dan sebagainya. Kita harus bersimpati dengan nasib mereka atas dasar kemanusiaan kita sebagai manusia. Kita harus bersyukur, kita hidup di negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.