4 Sebab Mengapa Memilih Lazada Untuk Berniaga Online - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, July 24, 2018

4 Sebab Mengapa Memilih Lazada Untuk Berniaga Online

Adakah anda masih tercari-cari arah dimanakah tempat  berniaga  online untuk produk anda? Jangan risau, di negara kita telah ada tapak yang begitu baik kepada anda untuk berniaga, iaitu di Lazada.com.my.

Mengapa pula Lazada? Baik, penulis akan mengupas secara agak panjang lebar mengapa anda harus berniaga melalui laman e-dagang Lazada dan jangan tunggu terlalu lama untuk membuat keputusan kerana peluang untuk anda kini  terbuka luas.

Berniaga secara online tidak sama seperti berniaga off line kerana berniaga online memerlukan anda berinteraksi dengan pembeli melalui internet. Perniagaan offline pula memerlukan anda mempunyai kedai untuk menjual  produk anda.

1) Lazada merupakan perintis web shopping online terbesar di Asia Tenggara.

Lazada.com.my adalah milik Lazada Group dan merupakan web shopping online  pertama yang begitu popular sekali di Asia Tenggara pada masa ini.

Dianggarkan pada masa ini sekurang-kurangnya terdapat 35,000 ribu atau lebih penjual aktif dan berdaftar  di Lazada menjadikan Lazada memiliki kepelbagaian produk yang  dijual begitu banyak sekali.
Lazada Seller Center
Tahukah anda, penjual daripada negara-negara lain misalnya seperti China tidak melepaskan peluang untuk berniaga di Lazada Malaysia kerana mereka tahu, mereka mampu bersaing dengan peniaga tempatan?

Syarikat-syarikat jenama terkenal seperti Dr. Martens, Converse, Puma, Levis, dan syarikat terkenal yang lain  juga tidak terkecuali untuk mengiklankan produk mereka melalui laman web Lazada kerana mereka tahu potensi produk mereka terjual adalah begitu tinggi sekali.

2) Sistem Lazada boleh dicapai melalui talian mudah alih dan juga web.

Melayari web Lazada amat mudah sekali hanya melalui aplikasi Android dan juga iOS menjadikan pengalaman pengguna yang lebih baik selain boleh dicapai menerusi web biasa.

Dianggarkan pada masa ini jumlah pengguna yang melakukkan muat turun aplikasi Lazada mencapai 10 juta orang dan akan dijangka akan bertambah tahun demi tahun.

Pihak Lazada Malaysia juga telah menjadikan aplikasi Lazada melalui telefon pintar amat mudah untuk melakukan pembayaran semasa  membeli-belah di Lazada dengan menggunakan e-Wallet yang mana pembayaran boleh dilakukan hanya melalui hujung jari sahaja.

3) Lalu lintas traffic begitu sesak dengan pembeli.

Cuba anda teka berapakah jumlah pengunjung ke web Lazada setiap hari? Jangan terkejut jika pengunjung yang melayari web Lazada setiap hari mampu mencapai 10 juta pengunjung. Ianya amat hebat bukan?

Menurut Alexa.com, web shopping yang paling kerap sekali dikunjungi oleh rakyat di negara ini adalah web Lazada.com.my.  Web ini menduduki tangga ke 9 daripada web ranking di Malaysia dan telah mengatasi web shopping online yang lain.


Tahukah anda, Lazada Malaysia telah mengumumkan jualan mereka telah mencapai pertumbuhan 100% pada tahun 2016, begitu juga pada tahun 2017 telah mencapai pertumbuhan 100%.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans- Peter Ressel,  jualan kasar yang diperolehi dalam kempen “11.11 Single’s Day Online Revolution” pada tahun 2017 mencapai jualan RM 100 juta dalam sehari dan berharap mampu mencapai sasaran yang lebih baik pada tahun 2018.

4) Barang terjual baru lakukan bayaran.

Apa yang menarik di Lazada, anda tidak perlu melakukan apa-apa bayaran untuk pendaftaran, segalanya percuma, malahan anda diajar step demi step untuk berniaga di Lazada. Hebat bukan?

Selain itu juga produk yang diiklankan di Lazada juga 100% tanpa apa-apa bayaran. Anda bebas untuk menjual apa sahaja selagi mengikuti terma dan syarat dari pihak Lazada.


Jadi bagaimana pihak Lazada memperolehi keuntungan sekiranya segalanya percuma? Sebenarnya, jika produk anda telah terjual barulah pihak Lazada akan mengenakan sedikit bayaran kepada anda bergantung kepada jenis produk yang anda ingin jual.

Ini bermakna, anda dan Lazada berada di situasi menang-menang bukan? Produk anda terjual, baru anda melakukan sedikit bayaran kepada pihak Lazada. Pihak Lazada pula membawa produk anda kepada lalu-lintas pembeli yang begitu sesak sekali.
Posted by Geoffrey Stephen
GeoffreyStephen.com Updated at: 1:24:00 AM

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.