Bulu-bulu halus yang melekat pada baju tentunya amat
melecehkan anda kan? Yelah, pakaian yang sepatutnya kita patut pakai untuk ke
tempat kerja, atau untuk dipakai ke majlis penting, penuh dengan bulu halus
yang melekat di baju.
Bagaimana cara untuk menghilangkan bulu di baju ini? Tentu
pening kan? Bila bulu melekat pada baju, ianya kelihatan kotor terutamanya pada
pakaian yang berwarna hitam atau biru gelap.
Bulu-bulu halus yang melekat pada baju anda sebenarnya disebakan
anda telah mencampurkan pakaian anda dengan pakaian yang memang mempunyai bulu
yang mudah tertanggal semasa anda mencuci pakaian pada mesin basuh.
Selain itu juga, sekiranya anda membeli tuala yang baru, apa-apa pakaian baru
yang berbulu, selimut berbulu baru, dan anda mencucinya bersama-sama dengan
baju-baju anda yang lain dengan mesin basuh, memang sah, baju anda akan penuh dengan bulu yang
melekat pada baju anda.
Cara-cara menghilangkan bulu yang melekat pada baju
Berikut adalah beberapa cadangan atau idea bagaimana untuk
menghilangkan bulu yang melekat pada baju anda. Idea ini memang berkesan untuk
menanggalkan bulu-bulu yang degil untuk ditanggalkan pada pakaian.
1.Berus halus / Berus fabric
Anda boleh mendapatkan berus halus atau berus fabrik khas
untuk menanggalkan kotoran pada baju terutamanya bulu-bulu halus yang melekat
pada baju anda.
![]() |
Credit: Amazon.com |
Berus ini boleh diperolehi dengan mudah di mana-mana pasaraya
dengan harga yang murah. Mendapatkan berus pakaian ini tentunya amat berbaloi
kerana ianya amat berguna untuk menanggalkan bulu pada baju anda.
Jika anda bertanya kepada individu yang berkerja dengan badan-badan
beruniform di negara ini seperti askar, bomba dan juga polis, mereka dibekalkan dengan berus baju untuk menanggalkan bulu halus yang
melekat pada pakaian agar pakaian uniform mereka kelihatan kemas tanpa bulu
yang melekat.
Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan berus baju ini, anda
boleh membeli berus pengilat kasut yang banyak dijual di pasaraya kerana
fungsinya sama boleh menanggalkan bulu yang melekat pada baju.
2. Berus roller / Roll tape
Alat ini adalah berus roller atau roll tape yang dicipta
untuk menanggalkan bulu-bulu yang melekat pada pakaian anda dan juga
menanggalkan debu-debu kotoran.
![]() |
Credit: Ali Express |
Berus ini mempunyai pelekat pada gulungan dan harus
digolekkan pada permukaan baju yang mempunyai bulu-bulu halus yang melekat
ataupun debu kotoran.
Berus ini memang ada dijual di pasaran tetapi hanya pada
tempat-tempat yang tertentu seperti IKEA, melalui online iaitu Lazada, Shopee
dan web e-dagang yang lain.
3. Pita pelekat
Cara ini sebenarnya hanya disarankan kepada anda jika anda
tidak mempunyai berus untuk membersihkan bulu pada baju anda.
![]() |
Credit: DHgate.com |
Cara ini memang
berkesan tetapi anda terpaksa memerlukan sedikit masa untuk menanggalkan
keseluruhan bulu-bulu yang melekat pada baju.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.