Kad kredit Maybank merupakan kad kredit yang begitu popular
sekali di negara ini disebabkan tawaran menarik yang ditawarkan oleh syarikat perbankan tersebut. Ianya menjadi
pilihan bagi kebanyakkan masyarakat di Malaysia.
Maybank
menawarkan pelbagai jenis kad kredit yang berbeza-beza. Pengguna yang
disasarkan juga adalah terdiri daripada golongan yang berbeza bergantung kepada jumlah pendapatan
tahunan orang yang disasarkan.
Antara kad kredit
Maybank yang begitu popular sekali adalah kad kredit Petronas kerana kaedah penebusan point dan ganjaran
yang begitu menarik. Walau begitu, kad kredit Maybank yang lain juga memiliki tawaran dan ganjaran
yang menarik bergantung kepada jenis kad kredit tersebut.
Jenis-jenis kad kredit dan syarat untuk memohon
Maybank memiliki
banyak jenis kad kredit , setakat
artikel ini ditulis, terdapat 22 jenis kad kredit dikenal pasti telah
diperkenalkan oleh syarikat perbankan terkenal ini. Berikut adalah jenis-jenis
kad kredit Maybank.
Jika anda ingin
memohon kad ini, anda mestilah memiliki pendapatan minimum tahunan sebanyak RM
60, 000 atau pendapatan minima bulanan sebanyak RM 5,000.
Minima pendapatan
tahunan bagi permohon kad kredt jenis ini adalah sebanyak RM 36,000 setahun bersamaan dengan pendapatan
minima bulanan sebanyak RM 3,000.
Permohon harus memiliki pendapatan tahunan minimum sebanyak
RM 60,000 atau mempunyai sekurang-kurangnya minima pendapatan bulanan sebanyak
RM 5,000.
4. Maybank Masterkad Gold
Minima pendapatan tahunan bagi permohon kad ini
sekurang-kurangnya minima RM 36,000 atau minima pendapatan bulanan sebanyak RM
3,000.
Sesiapa yang memohon kad kredit jenis ini harus memiliki
minima pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM 60,000 bersamaan pendapatan
minima bulanan sebanyak RM 5,000.
Bagi permohon kad kredit ini pula, harus memiliki pendapatan
minima tahunan sekurang-kurangnya RM 30,000 bersamaan minima pendapatan bulanan
sebanyak RM 2,500 sebulan.
Permohon kad kredit jenis ini harus mempunyai pendapatan
tahunan minima sebanyak RM 120,000, iaitu bersamaan pendapatan minima bulanan
sebanyak RM 10,000 sebulan.
Kad kredit patuh
syariah. Permohon kad kredit harus mempunyai pendapatan tahunan minima sebanyak
RM 120,000, iaitu bersamaan pendapatan minima bulanan sebanyak RM 10,000
sebulan.
Minima pendapatan tahunan adalah sama dengan permohon kad
kredit Maybankard Visa Infinite iaitu
sebanyak RM 120,000 atau minima pendapatan bulanan sebanyak RM 10,000.
Minima pendapatan tahunan adalah sebanyak RM 30,000 atau
pendapatan minima bulanan sebanyak RM 2,500.
Pendapatan minima tahunan bagi pemilik kad kredit ini adalah
sebanyak RM 60,000 atau bersamaan dengan pendapatan minima RM 5,000 sebulan.
Pendapatan minima tahunan bagi pemilik kad kredit ini pula adalah
sebanyak RM 30,000 atau bersamaan dengan pendapatan minima RM 2,500 sebulan.
Kad kredit patuh
syariah, permohon harus mempunyai pendapatan minima tahunan sebanyak RM 30,000
atau bersamaan dengan pendapatan minima
RM 2,500 sebulan.
Pendapatan tahunan
minimum bagi permohon kad kredit jenis ini adalah sebanyak RM 30,000
atau bersamaan pendapatanan minima bulanan sebanyak RM 2,500.
Permohon bagi kad kredit jenis ini harus memiliki pendapatan
minima tahunan sebanyak RM 30, 000 atau bersamaan pendapatan minima bulanan
sebanyak RM 2,500.
Permohon bagi kad kredit jenis ini pula harus memiliki
pendapatan minima tahunan sebanyak RM 60, 000 atau bersamaan pendapatan minima
bulanan sebanyak RM 5,000.
Minima pendapatan tahunan untuk permohon kad kredit ini adalah sebnyak RM 48,000 atau minima
pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000 sebulan.
18. Pantai
American Express Credit Card
Permohon kad kredit ini harus memiliki sekurang-kurangnya
minima pendapatan tahunan sebanyak RM 30,000 atau minima pendapatan bulanan
sebanyak RM 2,500.
Digelar sebagai charge cards, pemohon harus mempunyai minima
pendapatan tahunan sebanyak RM 30,000 atau bersamaan pendapatan bulanan
sebanyak RM 2,500.
Digelar sebagai charge cards, pemohon harus mempunyai minima
pendapatan tahunan sebanyak RM 48,000 atau bersamaan pendapatan bulanan
sebanyak RM 4,000.
Permohon kad
kredit sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan minima sebanyak RM 70,000 hingga
RM 100,000 setahun.
Permohon kad
kredit sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan minima sebanyak RM 48,000 setahun.
Syarat-syarat untuk memohon kad kredit
Setiap permohon
haruslah berumur 21 tahun keatas untuk membolehkan layak untuk menjadi ahli kad
utama dan berumur 18 tahun keatas bagi
ahli kad tambahan. Selain itu, had umur bagi permohon adalah berumur 65
tahun.
Berikut adalah
dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar borang permohonan untuk
memudahkan pemprosesan permohonan.
1. Salinan Maykad
(depan dan belakang) / pasport, termasuk
lah pemohon tambahan.
2.Borang BE yang
terbaru berserta resit cukai rasmi ataupun
3. Slip gaji (03)
bulan yang terbaru ataupun
4. Penyata KWSP terbaru
5. Penyata akaun
simpanan ataupun penyata akaun semasa yang terbaru untuk 6 bulan
6. Bagi permohon
yang berkerja sendiri anda harus menyertakan salinan pendaftaran perniagaan milik anda dan juga berserta penyata bank terbaru untuk 6 bulan.
7. Bagi pekerja
asing, anda harus menyertakan surat dari majikan anda tempoh anda bekerja di
Malaysia secara kontrak dan anda harus mempunyai akaun Maybank.
8. Bagi permohon graduan, anda harus menyertakan salinan surat tawaran anda bekerja, kelayakan profesional / salinan ijazah.
Kelebihan kad kredit Maybank
Threats OnThe Spot Redemption - Sebagai pengetahuan anda Maybank menawarkan beberapa mata ganjaran setiap kali berbelanja menggunakan kad kredit Maybank yang dikenali sebagai Treats Points dan mata ganjaran ini berbeza-beza bergantung kepada jenis kad kredit.
Kad kredit
Maybank Petronas Visa misalnya, jika anda berbelanja minima RM 1 sama ada berbelanja untuk minyak petrol
atau barang-barang keperluan pada hujung minggu anda layak memperolehi 8x
Treats Points, bermakna jika anda berbelanja lebih daripada RM 1, Treats Point
yang anda perolehi tentunya semakin bertambah banyak.
Melalui penebusan
On The Spot Redemption pula, anda boleh menebus secara terus ganjaran anda melalui kedai-kedai terpilih
seperti barangan elektronik, voucher dan juga kelengkapan rumah, walaubegitu,
ia bergantung kepada point anda yang terkumpul.
EzyPay Plus –
Maybank memberikan satu sistem pembayaran yang sistematik yang dikenali EzyPay Plus kepada pengguna kad kredit yang
berbelanja banyak dalam satu-satu masa dan membayar semula secara ansuran
bulanan.
Walau begitu,
anda harus memaklumkan kepada pihak Maybank terlebih dahulu untuk menggunakan
sistem Ezypay Plus.
Jika anda
berbelanja sebanyak RM 500, sistem
Ezypay Plus menawarkan ansuran bermula 6 bulan hingga 12 bulan untuk
melangsaikan hutang sebanyak RM 500 dengan kadar faedah sebanyak 9%.
Sekiranya anda
berbelanja sebanyak RM 3,000, dengan sistem ini anda boleh melangsaikan
penggunaan ini selama 18 bulan.
Perbelanjaan
sebanyak RM 5,000 pula, dengan sistem ini anda boleh melangsaikan penggunaan
sehingga mencapai tempoh 24 bulan.
Credit Care Plus –
Sistem ini merupakan insuran bagi pengguna yang risau sekiranya terjadi
kejadian yang tidak diingini kepada dirinya umpamanya ditimpa kemalangan dan
juga penyakit dan menyebabkan ahli keluarganya terpaksa menanggung bebanan
hutang kad kredit.
Dengan hanya
bayaran sebanyak RM 0.65 bagi setiap baki yang tertungak sebanyak RM 100,
Maybank akan mengambil alih baki yang tertunggak anda sehingga RM 100,000.
Maybank Secure
Online Shopping (MSOS)- Maybank telah memberikan perlindungan tambahan kepada
pengguna kad kredit mereka sekiranya membeli belah secara online dengan
memberikan password yang dihantar terus melalui telefon bimbit pengguna untuk
mengelakkan maklumat kad kredit daripada dicuri.
Maybank Cash Back
– Bagi pengguna kad kredit yang ingin menggunakan wang tunai dengan segera,
pengguna boleh meminjam sehingga 90% daripada had limit kad iaitu dengan kadar
faedah 8.88% setahun. Walau begitu, anda akan dikenakan caj RM 100 dan ianya
terpakai kepada pemegang kad kredit utama dengan had kad RM 3,000.
Lain-lain kelebihan istemewa –Kad kredit Maybank juga
menawarkan pelbagai mata ganjaran dan rebat bagi kad kredit yang tertentu
misalnya Maybank 2 Gold Card, yang
menawarkan 5% rebat tunai setiap kali berbelanja, serta Threats Points setiap
kali berbelanja sama ada di dalam dan luar negara.
Selain itu juga terdapat ganjaran yang dikenali sebagai Treat
Airmiles bagi pengguna yang sering ke luar negara dengan menggunakan kad kredit
Maybank World MasterCard. Ganjaran ini boleh ditebus melalui Enrich Miles.
Rujukan:- Maybank
Rujukan:- Maybank
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.