Resepi Nasi Goreng Cina Seri-Aji - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Friday, June 29, 2018

Resepi Nasi Goreng Cina Seri-Aji

Nasi goreng cina adalah resepi yang berasal daripada kaum cina, sebab itulah resepi ini mendapat namanya. Resepi ini sememangnya amat popular sekali di kalangan masyarakat kerana setiap kedai makan atau restoran ada menyediakan resepi ini.

Nasi goreng ini mempunyai  permintaan dan peminatnya yang tersendiri kerana selalunya resepi ini tidak mengandungi cili dan amat sesuai bagi mereka yang tidak sesuai dengan masakan yang pedas.

Resepi ini juga amat sesuai buat kanak-kanak yang masih kecil kerana selain rasanya yang tidak pedas, resepi ini juga amat sedap sekali jika dimasak dengan cara yang betul.

Cara-cara memasak nasi goreng cina menggunakan perencah Seri Aji.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resepi ini.

1) Minyak masak anggaran 6 sudu besar
2) 200g ayam (dipotong kecil) 
3) 100g sayur campur (dipotong kecil)
4) 2 Biji telur
5) 4-5 Cawan nasi putih (550g – 600g)
6) 1 Paket Perencah Seri-Aji
Perencah nasi goreng cina

Cara memasak resepi nasi goreng cina.

Panaskan 6 sudu besar minyak masak ke dalam kuali. Apabila minyak telah panas, masukkan 200g ayam dan goreng bersama-sama dengan 2 biji telur serta dengan 100g sayur campur. Kacau sehingga sebati. Baca juga, Resepi Nasi Goreng Kampung Adabi.

Masukkan nasi di dalam anggaran 4 hingga 5 cawan dan langkah seterusnya, taburkan 1 paket perencah nasi goreng cina 26g Seri-Aji.  Pastikan anda melakukkan gorengan sehinnga sekata. Pastikan anda menghidangkan semasa panas.

Rujukan:- Ajinomoto
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: June 29, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.