Khasiat Kacang Tanah - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Monday, June 4, 2018

Khasiat Kacang Tanah

Kacang tanah atau nama nama saintifiknya Arachis hypogaea merupakan tumbuhan biji-bijian yang memiliki pelbagai  khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan kerana tumbuhan ini diperkaya dengan banyak nutrient.

Kacang tanah merupakan tumbuhan yang berasal daripada Amerika Tengah dan seterusnya telah tersebar ke merata dunia menerusi penjelajah Sepanyol dan pada masa sekarang, negara-negara yang telah mengkormesialkan tanaman ini secara besar-besaran adalah seperti Afrika, China, Amerika Syarikat dan India.

Antara ramuan kacang tanah yang paling popular yang dikenali oleh manusia sejak zaman-berzaman adalah  ‘kacang masin’ ianya sedap dan  ranggup. Selain itu, kacang tanah yang direbus juga diminati oleh ramai orang.

Khasiat kacang tanah kepada kesihatan

1. Kacang tanah diyakini kaya dengan tenaga, ia itu setiap 100 gram memiliki 567 kalori serta mengandungi nutrien, antioksidan, mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

2. Kaya dengan sumber mineral, antaranya adalah tembaga, selenium, zink, magnesium, besi, kalsium dan kalium.

3. Mengandungi banyak vitamin B- Kompleks seperti  niacin, thiamin, asid pantotenik, vitamin B-6, folat, dan riboflavin. Tahukan anda? 100 gram kacang tanah iaitu anggaran 85 peratus daripada RDI niasin menyumbang kepada aliran darah dan kesihatan ke otak.

4. Mengandungi vitamin E (α-kokopherol) yang amat bagus untuk kesihatan. 100 gram kacang tanah mengandungi anggaran 8 gram vitamin E. Vitamin ini adalah antioksidan larut lipid. Ia  amat bagus kerana  mempunyai kekuatan untuk mengekalkan keutuhan mukosa dan juga  kulit dengan melindungi dari radikal bebas umpamanya oksigen berbahaya.

5. Menurut   Journal Of Agricultural And Food Chemistry yang berlokasi di United States, kajian penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan kacang tanah yang telah dipanggang atau dididihkan akan meningkatkan ketersediaan biooksidan antioksidan.
Khasiat Kacang Tanah
Picture by, Pxhere, Licenced Via Creative Commons
Hasil kajian telah mendedahkan kacang tanah yang telah direbus mengandungi 2 hingga 4 kali ganda kandungan antioksidan isoflavon biochanin-A dan genistein.

6. Mempunyai kandungan resveratrol iaitu mempunyai fungsi perlindungan terhadap jangkitan virus / kulat, kanser, penyakit jantung, penyakit saraf degenerative dan  penyakit Alzheimer.     

7. Beberapa kajian juga menunjukkan resveratrol mampu mengurangkan risiko strok iaitu dengan mengubah mekanisme molekul dalam saluran darah dan mampu meningkatkan pengeluaran hormon vasodilator.

8. Melalui penyelidikan, kacang tanah mempunyai kandungan yang amat tinggi antioksida polifenol, terutama sekali asid p-coumaric. Kandungan ini berfungsi mengurangkan risiko kanser perut dengan menghalang pembentukan nitrosamines karsinogenik dalam perut kita.

9. Kacang tanah juga mengandungi protein yang baik untuk manusia dan membentuk asid amino yang amat bagus untuk tumbuhbesaran.

10. Membentuk tahap asid lemak tak tepu (MUFA) yang mencukupi seperti asid oleik.  MUFA ini akan menolong untuk menurunkan kolesterol jahat dan menolong meningkatkan kolesterol baik ke dalam darah kita.

11. Melalui penyelidikan, diet Mediterranean yang mempunyai kandungan asid lemak tak tepu mampu untuk menolong bagi mencegah dari penyakit arteri koronari dan risiko strok kerana menggalakan profil lipid serum yang sihat. - Nutrition-and-you.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: June 04, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.