Jenis Jenis Bantal Tidur - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Saturday, June 23, 2018

Jenis Jenis Bantal Tidur

Bantal tidur atau nama popularnya di dalam bahasa inggeris  ‘pillow’ telah digunapakai oleh manusia sejak zaman berzaman. Bantal direka  untuk  tidur yang lebih baik pada waktu malam ataupun semasa anda ingin tidur.

Walau begitu anda tidak akan mudah tidur dengan selesa sekiranya bantal yang anda gunakan bukan diperbuat dari bantal yang terbaik. Pemilihan bantal yang terbaik salah satu faktor anda tidur dengan nyenyak.

Tahukah anda, terdapat banyak jenis-jenis  bantal untuk dipilih di pasaran? Dengan pengetahuan ini, anda akan memahami jenis bantal dan seterusnya anda tahu mengenai  perbezaan bantal yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tertentu.

Jenis-jenis bantal tidur yang terdapat di pasaran

Bantal bulu campuran (Feather Pillows)

Bantal ini merupakan bantal yang telah diisi dengan campuran bulu angsa atau itik berserta serat karbon.  Bantal jenis ini banyak dijual di pasaran dengan harga yang agak murah dan kebanyakan orang ramai menggunakan bantal ini.
Bantal Putih
Di Eropah, kebanyakan masyarakat di negara tersebut membesar dengan bantal jenis ini kerana harganya yang berbaloi. Walau begitu, apabila bulu di dalam bantal telah menipis, bantal akan kehilangan sokongan untuk mengekalkan keselesaan.

Bantal bulu angsa / itik (Down Pillow)

Bantal jenis ini adalah bantal yang telah diisi dengan bulu itik atau angsa. Bantal ini amat lembut, ringan, selesa dan begitu terkenal sekali di Eropah.  Walau begitu harga  bantal ini amat mahal tetapi ianya berbaloi untuk dibeli kerana bukan sahaja selesa digunakan tetapi ianya mampu bertahan lama.

Bantal Memory foam

Dikenali sebagai memory foam pillow  yang mengandungi bahan  poliuretana untuk meningkatkan ketumpatan dan kelikatan bantal.

Bantal ini amat bagus untuk tidur yang selesa  sepanjang malam. Bantal jenis ini juga mampu menyesuai mengikut kedudukan badan anda terutamanya pada bahu, leher dan kepala anda pada kedudukan yang selesa. Bantal memory foam mempunyai banyak saiz dan bentuk.

Bantal mikrobead

Bantal jenis ini adalah bantal yang diisi dengan  manik-manik kecil dipanggil polystyrene. Manik-manik ini akan memberikan sokongan yang bagus untuk menjadikan bantal kelihatan tumpat

Selalunya bantal ini digunakan sebagai bantal pada leher untuk  perjalanan jauh seperti semasa menaiki bas, kereta, atau menaiki kapal terbang. 

Bantal buckwheat

Bantal ini adalah bantal yang diisi dengan sekam dari biji soba / buckwheat.  Ia mampu memberikan sokongan yang  keras dan tumpat pada bantal. 

Bantal apnea tidur (Sleep apnea pillows)

Bantal jenis ini direka untuk tidur bersama dengan mesin CPAP bagi menampung tiub dan tali pada mesin CPAP. Bantal ini diisi dengan serat polister  dan banyak dijual di negara barat.

Bantal untuk leher

Bantal leher  telah direka untuk menyokong tulang belakang anda supaya kepala dan leher anda diposisikan dengan betul untuk tidur yang selesa. 

Bantal untuk badan / bantal peluk

Bantal ini adalah bantal jenis yang panjang, biasanya berukuran 54 inci atau lebih, ia boleh diletakkan di antara kaki anda untuk sokongan pada pinggul dan bawah belakang. 

Bantal ini amat sesuai untuk dipeluk semasa anda tidur pada waktu malam, bagi mereka yang mengandung, bantal ini mungkin boleh menjadi penyelamat untuk tidur yang selesa.

Bantal lumbar

Bantal ini mungkin amat sesuai bagi mereka yang mengalami sakit belakang. Ia akan memberikan sokongan yang tepat di kawasan belakang untuk anda merasakan pinggang anda berehat secara semulajadi.

Bantal baji / Wedge pillows

Bantal ini berbentuk segitiga  dan anda boleh gunakan untuk menyokong kawasan yang berlainan pada bahagian badan anda.

Bantal ini diperbuat daripada buih, serat poliester atau digabungkan dengan kedua-duanya sekali. Bantal ini amat sesuai diletakkan pada bahagian katil untuk menopang badan anda untuk membantu meredakan refluks asid.

Bantal ini juga amat sesuai untuk meletakkan kedudukan kaki anda untuk membantu melegakan ketidak selesaan serta ia amat sesuai bagi wanita yang mengalami kehamilan dan ia juga mampu membantu perut wanita semasa trimester kedua atau ketiga.

Bantal kekabu / Bantal Kapok

Bantal kekabu adalah bantal tradisional bagi rakyat Malaysia dan ianya amat popular sekali di kalangan rakyat tempatan dan rata-rata penduduk di negara ini membesar dengan bantal kekabu.

Bantal ini diisi dengan kapas dari buah pokok kekabu, dan ia memberikan sokongan yang agak keras pada bantal. Bukan sahaja selesa digunakan semasa tidur tetapi mudah diperolehi di pasaran dengan harga yang murah.

Dacron pillow

Bantal jenis ini diperbuat daripada serat plastik (plastic fiber). Secara umumnya bantal ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu dacron regular, silicone, dan silicone polyster fiber.

Dacron regular merupakan bahan yang lebih kasar serta murah manakala silicone pula daripada bahan berserat halus, manakala silicone polyster fiber pula daripada bahan yang paling halus dan harganya juga adalah mahal.

Lateks Pillow

Secara umumnya, bantal lateks terdapat dua jenis iaitu bantal lateks natural dan bantal lateks sintetik . Bantal lateks natural diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu pokok getah, ianya amat selamat digunakan  dan amat tahan lama.

Rujukan:- Bettersleep.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: June 23, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.