Apa Maksud Saham - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Monday, June 4, 2018

Apa Maksud Saham

Apa maksud saham? Menurut Investopedia, saham merupakan sejenis keselamatan atau bukti  bagi menandakan pemilikan di dalam sebuah syarikat dan sebagai wakil untuk menuntut pada bahagian aset dan juga pendapatan.

Menurut The Economic Times pula menjelaskan, saham adalah  sesuatu istilah yang umum bagi menggambarkan sijil pemilikan saham bagi mana-mana syarikat. Jika anda memegang pada bahagian-bahagian syarikat tertentu akan menjadikan anda sebagai pemegang saham.

Sesiapa pun boleh memiliki saham asalkan memiliki wang untuk pelaburan kerana kebanyakan pemilik syarikat  akan menjual kawalan syarikat kepada pemegang saham bagi  mendapatkan dana tambahan untuk mengembangkan syarikat mereka.

Pemegang saham boleh menjual saham-saham yang telah dibeli selepas IPO di pasaran saham. Kebanyakan pelabur  akan membuat pelaburan apabila harga saham di dalam kedudukan harga yang rendah dan menjual semula apabila harganya telah meningkat.
Apa maksud Saham
Photo by, Geralt, Licenced Via Creative Commons
Apa yang kita sering lihat, pemegang saham selalunya akan mengalami kerugian apabila kedudukan syarikat tidak beroperasi dengan baik dan ini akan menyebabkan nilai saham menurun. Apabila situasi ini berlaku, pemegang saham akan kehilangan sebilangan saham mereka atau kehilangan kesemua pelaburan sekiranya mereka menjual saham tersebut.

Cara lain bagi pemegang saham untuk mendapatkan keuntungan adalah dengan cara mendapatkan bayaran dividen daripada syarikat. Kebanyakan syarikat akan mengamalkan pembayaran dividen kepada ahli-ahlinya sekiranya memperolehi keuntungan dan biasanya pembayaran dividen akah diagihkan kepada pemegang saham pada setiap suku tahun.

Jenis-jenis  saham
Di dalam saham, terdapat dua kategori utama, iaitu saham biasa dan saham pilihan.

1. Saham biasa
Saham biasa selalunya memberikan hak kepada pemilik bagi mengundi semasa mesyurat pemegang saham diadakan dan pemilik saham biasa juga menerima dividen.

2. Saham pilihan
Bagi pemilik saham pilihan pula, tidak mempunyai hak keistimewaan untuk mengundi semasa mesyuarat saham diadakan tetapi ia mempunyai tuntutan yang jauh lebih tinggi terhadap aset  dan juga pendapatan berbanding dengan pemegang saham biasa.

Untuk perjelasan yang lebih detail, kita lihat gambaran contoh ini, pemilik saham pilihan akan menerima dividen sebelum pemegang sahan biasa, serta ia juga memiliki keutamaan jika syarikat mengalami kebankrapan.

Pelaburan di dalam saham
Di negara kita, tidak asing lagi dalam pelaburan saham melalui Bursa Malaysia, dan kebanyakan pelabur yang telah pun memiliki saham daripada syarikat-syarikat  tempatan  yang dijangkakan memiliki reputasi yang baik hanya menunggu untuk pengagihan dividen.

Bagi mereka yang masih belum membeli saham dari mana-mana syarikat tempatan, anda boleh berjumpa dengan mana-mana broker bertauliah di seluruh negara.  Broker saham yang bertauliah adalah broker yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Kebanyakan broker bertauliah adalah terdiri dari syarikat kewangan tempatan seperti RHB Bank, Affin Hwang Investment, Maybank Berhad, dan banyak lagi. Anda boleh merujuk terus broker yang bertauliah menerusi laman rasmi Bursa Saham Malaysia disini.

Dengan berjumpa dengan broker bertauliah, anda boleh bertanya, belajar, bagaimana caranya untuk melabur dan seterusnya membeli saham dengan mereka.

Apa yang pasti, di dalam pelaburan saham, ia mempunyai risiko pelaburan yang tersendiri dan perlunya ilmu dan pemahaman yang lebih lanjut bagaimana membeli saham dan seterusnya menjadikan sebagai pelaburan yang menguntungkan.

Prinsipnya adalah mudah, beli saham pada harga yang paling rendah, dan jual semula apabila harga saham meningkat naik dan sekiranya berlakunya penurunan harga keatas saham yang anda beli, jangan sesekali menjual saham anda kerana anda akan mengalami kerugian.

Sekiranya anda berpendapat pelaburan saham adalah satu pelaburan yang mampu memperolehi pendapatan jangka pendek, anda telah silap menilainya, pelaburan saham adalah satu pelaburan jangka panjang dan sekiranya anda membeli saham dari syarikat yang betul, anda akan memperolehi keuntungan berkali-kali ganda daripada modal asal anda.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: June 04, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.