Cinta adalah mengenai sesuatu perasaan emosi yang kuat
dialami oleh manusia, ianya mengenai tingkah laku, mengenai kepercayaan yang
dikaitkan dengan sesuatu perasaan kasih sayang, perlindungan, kehangatan,
pengorbanan, lemah lembut, sabar, dan juga rasa hormat kepada orang lain.
Sebenarnya, pengertian cinta ini bukan hanya ditujukan
kepada manusia sahaja, tetapi ia juga boleh ditujukan kepada haiwan, mengenai
prinsip, serta kepercayaan kepada agama. Misalnya, suka kepada kucing, suka
mengenai kebebasan, ataupun mencintai Tuhan.
Tetapi apa yang peliknya, hampir kebanyakan orang tidak
mengetahui apa itu cinta. Mungkin, pertanyaan seperti ‘kenapa sukar untuk saya
mencari cinta? Ini sesuatu pertanyaan
yang mungkin agak mudah difahami, sekiranya ‘cinta’ itu tidak sama dengan
perasaan cinta seseorang.
Apa maksud cinta? Pengertian cinta.
Cinta adalah sebuat topik yang begitu besar sekali
pengertiannya. Ianya menjadi perdebatan oleh ramai ahli-ahli falsafah, penulis,
penyair, dan juga saintis mengenai takrifannya.
Walaubegitu, semua golongan ini setuju, cinta itu adalah mengenai satu perasaan kasih sayang yang kuat tentang sesuatu atau seseorang, tetapi, pengertian yang tepat tentangnya, masih banyak yang berselisih faham.
Misalnya begini, ‘saya mencintai kamu’,tetapi tidak semua berpendapat yang sama dengan
pengertian ayat ini. Apa pun cinta itu mungkin merangkumi beberapa elemen-elemen ini:-
- Bersedia untuk mengutamakan kebahagian orang lain berbanding diri sendiri.
- Sesuatu perasaan yang melampau, kasih sayang, untuk memenuhi keperluan diri.
- Perasaan yang dapat dirasakan, rasa hormat yang dramtik dan juga secara tiba-tiba.
- Emosi yang amat melegakan disebabkan penjagaan kasih sayang berterusan.
- Satu perasaan yang kuat untuk berkomitmen, misalnya menghormati, menjaga orang lain contohnya di dalam perkhawinan ataupun semasa menjaga anak.
Tahukah anda, terdapat begitu banyak perdebatan tentang sama
ada cinta itu adalah pilihan, kekal atau seketika, dan sama ada cinta antara
anggota keluarga dan pasangan adalah secara biologi telah diprogramkan atau budaya
yang didoktrinasi.
Pengertian cinta boleh berbeza-beza dari pelbagai orang dan
begitu juga dengan budaya. Setiap perdebatan mengenai cinta mungkin tepat pada
masanya bagi sesetengah tempat. Sebagai contoh, dalam sesetengah keadaan, cinta
mungkin menjadi pilihan manakala pada orang lain pula, ia mungkin tidak dapat
dikawal.
Cinta vs nafsu (cinta berbanding nafsu)
Baik, kita berbicara pula mengenai cinta dan juga nafsu, ini berlaku semasa di peringkat awal hubungan, iaitu amat
sukar untuk mengatakan perbezaan antara cinta dan nafsu.
Di antara pasangan, kedua-duanya dikaitkan dengan tarikan
fizikal yang tergesa-gesa, ianya umpama bahan kimia yang sangat baik, ditambahi pula
dengan keinginan yang mendalam untuk lebih dekat dengan orang lain, tetapi
selalunya cinta yang mampu bertahan lama adalah berdasarkan kasih sayang.
Cinta merupakan sesuatu yang dibentuk diantara dua pasangan
dan cinta itu berkembang dari masa ke semasa melalui perkenalan yang lebih
rapat, perjalanan hidup bersama-sama dan segalanya dikongsi bersama. Hubungan
ini melibatkan komitmen, saling percaya-mempercayai dan penerimaan yang
seadanya.
Berbanding dengan nafsu pula, ia dikatakan mempunyai kaitan
dengan sensasi yang didorong oleh keinginan untuk menghasilkan hubungan intim terhadap seseorang yang disukainya. Nafsu
dicirikan oleh hormon seks dan keghairahan idealis, menyebabkan telah
membutakan kita keupayaan untuk melihat siapa sebenarnya orang itu dan
akibatnya hubungan tidak akan berkekalan.
Misalanya kita ambil situasi contoh ini. Hidayah mempunyai
sesuatu hubungan yang komited dengan Azman, dan di dalam hubungan mereka,
keinginan seksualnya semakin pudar dan berkurangan. Hidayah masih mendapati dia
masih menyukai dan masih peduli mengenai Azman
tetapi dia sering kali merasa gelisah dan tidak puas dengan hubungan
fizikal mereka.
Satu hari, Hidayah telah bertemu dengan Hafizan dan dia mula
tertarik dengan lelaki ini. Bahan kimia di dalam otaknya mula menghantar
isyarat untuk mendekati lelaki baru yang dikenalinya itu walaupun masih belum
mengenali sepenuhnya.
Dalam contoh
ini, hubungan yang sedia ada tidak mampu lagi untuk
meningkatkan hubungan yang lebih intim disebabkan nafsu telah mengatasi untuk
kenalan yang baru dikenali.
Apa yang mungkin kita lihat, senario perhubungan intim yang
benar-benar ideal adalah melibatkan gabungan seimbang diantara cinta dan nafsu.
Apabila gabungan ini mula bersatu, ia adalah petanda awal dan amat penting bagi
perkongsian jangka panjang.
Amalan ini perlu diterapkan bagi pasangan yang komited terutama
sekali bagi pasangan yang telah berkhawin.
Cinta dan kesan kepada kesihatan mental.
Walaupun hampir tiada siapa yang boleh bersetuju dengan satu
definisi cinta, kebanyakan orang bersetuju bahawa cinta memainkan peranan
penting dalam kesejahteraan fizikal dan psikologi. Kajian telah menunjukkan manfaat cinta itu terlalu banyak.
Sekiranya cinta
itu tidak disemai dengan baik, ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada
psikologi dan kesihatan fizikal seseorang, misalnya contoh seperti berikut:-
- Rasa tidak disayangi selalunya sering dikaitkan dengan perasaan rendah diri dan juga akan menyebabkan kemurungan.
- Individu yang merasa dirinya dicintai oleh orang lain akan lebih cenderung untuk bahagia.
Apa yang kita
lihat, cinta itu amat memainkan peranan penting bagi kesihatan untuk jangka masa yang panjang, dan tahukah
anda emosi dan perasaan yang disebabkan oleh cinta yang berputik dapat
membantu meningkatkan imuniti.
7 perkataan Greek kuno yang menentukan perbezaan cinta berlainan:
Melalui penelitian merujuk kepada tamadun Greek kuno, tamadun ini telah membahagikan mengenai perbezaan cinta dengan 7 perkataan yang memberikan gambaran cinta yang berlainan bergantung kepada situasi dan kehidupan manusia itu sendiri.
Kasih sayang semulajadi, cinta yang anda kongsi
dengan keluarga anda.
Cinta yang anda ada untuk rakan-rakan.
Cinta mengenai keinginan seksual dan erotik (positif atau
negatif)
Ini adalah cinta tanpa syarat, atau cinta ilahi
Ludus
Ini cinta umpama cinta pandang pertama, seperti cinta yang menggoda.
Pragma
Cinta lama. Cinta dalam pasangan suami isteri.
Cinta diri (negatif atau positif)
Dari 7 perkataan perasaan cinta ini, ia secara jelas telah menggambarkan, cinta yang anda
rasa untuk pasangan anda tidak sama seperti cinta yang anda rasa untuk ibu
anda. Malah cinta untuk pasangan anda akan berubah mengikut masa. Anda merasakan
emosi yang berbeza di dalam satu-satu situasi dan orang yang berbeza.
Dengan cinta, anda akan perolehi apa yanga anda terapkan
Cinta adalah sebuah emosi dalam tindakan. Anda boleh belajar
bagaimana merasakan dan memupuk cinta anda, mula-mula belajar dan ketahui keadaan
cinta yang berbeza. Ketahui juga bagaimana mengenali mereka apabila anda
merasakannya cinta itu. Kemudian anda pergi dan berkongsi cintamu dengan orang
lain.
Cinta antara dua orang hanya boleh bermula jika interaksi
berdasarkan kebenaran, kepercayaan dan penghormatan. Itulah sesuatu yang anda
mulakann dan ini penting untuk menumbuhkan kasih sayang antara dua pasangan. Jika orang lain memberi respon mengenai cinta yang anda berikan, maka
anda mula merasakan cinta di antara satu sama lain dan ia akan terus
berkembang.
Tidak sukar untuk memahami cinta, jika anda tahu bagaimana cinta itu bekerja
Sangat mudah untuk jatuh cinta dengan seseorang, jika ia sesuai
dengan kehendak anda, yang amat sukar adalah untuk kekal di dalam percintaan itu. Tetapi sebaliknya
pula, jika anda sukar untuk terus jatuh cinta dengan seseorang, ia bermakna, itu
bukanlah cinta di dalam hidup anda.
Percintaan itu adalah satu pengalaman. Cinta itu sentiasa
cantik, lemah lembut, sabar dan sederhana, jika tidak cantik, itu bukan namanya
cinta. Masa akan terus berjalan dan kadang-kadang, cinta akan boleh menjadi
pudar.
Adalah lebih baik anda pergi apabila anda tidak merasakan
apa-apa dan merasakan ianya bertentangan dengan cinta. Baca juga, 12 cara melupakan seseorang yang kita cintai.
Jika anda ingin mencari cinta di dalam hidup anda, sedar lah
bagaimana menggunakan cinta itu, katakanlah dan berfikirlah anda ingin mencari
cinta dan bukannya hubungan yang biasa dan anda akan dapat apa yang anda cari.
Rujukan:- Goodtherapy / Huffingtonpost
Rujukan:- Goodtherapy / Huffingtonpost
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.