Rahsia Bunga Ros Jepun Hidup Subur Dan Bunga Merimbun Kembang Satu Taman - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, May 29, 2018

Rahsia Bunga Ros Jepun Hidup Subur Dan Bunga Merimbun Kembang Satu Taman

Adakah anda peminat bunga ros Jepun? Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan bunga ros ini hidup subur dan bunganya merimbun kembang satu taman.

Sebenarnya, tidak sukar untuk anda memelihara bunga ros Jepun ini kerana bunga ini mampu hidup di dalam keadaan persekitaran cuaca yang agak ekstrem.

Walau begitu, sekiranya anda kurang memberikan penjagaan terhadap pokok bunga ini, bunganya enggan untuk keluar mengembang. Anda harus bercinta dengan bunga ini agar bungannya keluar dan mengembang cantik selepas beberapa minggu anda menanamnya.

Seperti yang kita tahu, bunga ini mempunyai pelbagai warna yang menarik oleh sebab itulah, terdapat ramai peminat bunga yang suka memelihara bunga ini.

Apa yang istemewa, pokok bunga ini akan mengembangkan bunganya pada pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Sebab itulah ada yang mengelarkan pokok bunga ini bunga pukul 9, dan ada yang menggelarnya bunga pukul 10 pagi.
Bunga Ros Putih Jepun
Photo by, Rando111us, Licenced Via Creative Commons.
Sekiranya anda memiliki pelbagai jenis warna bunga ros jepun, dan anda menanamnya di kawasan halaman rumah anda, bila telah tiba ia mengembangkan bunganya, kawasan rumah anda kelihatan amat menarik sekali kerana rimbunan bunga ros Jepun yang mengembang cantik.

Selain penggunaan baja, terdapat rahsia lain, bagaimana untuk  menjadikan bunga ros Jepun benar-benar hidup subur dan dijamin bunganya akan merimbun kembang satu taman.

Apakah rahsia itu? Rahsianya mudah sahaja, anda harus menyiram pokok bunga ros Jepun dengan air basuhan beras di dalam anggaran dua kali sehari iaitu pagi dan petang serta pastikan pokok bunga ini mendapat sinaran penuh dari cahaya matahari.

Air basuhan beras mengandungi nutrisi yang amat bagus kepada tumbuh-tumbuhan dan jika anda menyirami air basuhan beras terhadap  bunga ros Jepun yang anda tanam setiap hari, anda akan dapati batang-batang bunga ros menjadi begitu gemuk dan kelihatan amat subur.

Apabila telah sampai waktunya bunga ros ini mengeluarkannya bunganya, anda akan dapati bunga ros yang anda tanam akan mengembang amat cantik dan memukau sekali.

Untuk pengetahuan anda, air basuhan beras akan menjadikan bunga ros anda mengeluarkan bunga lebih cepat dari kebiasaan disebabkan kandungan nutrisi  pada air basuhan beras yang amat diperlukan oleh bunga ros Jepun.

Bagaimana? Andakah anda pernah terfikir menggunakan air basuhan beras untuk menyirami bunga ros Jepun anda?

Percayalah, air basuhan beras adalah tips rahsia yang tidak ramai orang tahu mengenainya. Ingat, selepas ini, jangan buang terus air basuhan beras semasa memasak nasi. Simpan air tersebut untuk menyirami bunga-bunga ros Jepun anda.

Sirami bunga-bunga ros Jepun anda pada sewal pagi dan pada waktu petang dan lakukkan rutin ini setiap hari untuk memperolehi hasil yang memuaskan hati anda terhadap buga ros yang anda tanam. Selamat mencuba! 
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: May 29, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.