Penting! Ketahui Tanda-Tanda Amaran Fuel Pump Rosak - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Friday, May 25, 2018

Penting! Ketahui Tanda-Tanda Amaran Fuel Pump Rosak

Fuel pump berfungsi sebagai alat untuk mengepam bahan api daripada tangki minyak ke enjin kenderaan. Oleh itu, hal yang paling membimbangkan adalah apabila fuel pump tidak berfungsi dan ia adalah satu berita yang buruk. 

Kita harus membiasakan diri untuk mengenalpasti tanda-tanda fuel pump rosak dan, dengan cara ini, anda boleh menangani masalah sebelum terlambat.

Berikut adalah tanda-tanda yang dikenlpasti memberi petunjuk fuel pump anda mengalami masalah.

1. Enjin tiba-tiba semput semasa memandu
Salah satu petunjuk terbaik bagi fuel pum mengalami  masalah adalah semasa memandu kereta anda pada kelajuan tinggi yang konsisten. 

Sekiranya kenderaan itu tiba-tiba semput  dan kemudian bergerak semula di dalam keadaan biasa, mungkin terdapat masalah pada fuel pum. Ini disebabkan fuel pump tersebut sedang berkerja keras membekalkan  aliran tetap bahan api kepada enjin  kenderaan dengan tekanan yang betul.

2. Temprature Meningkat
Jika anda melihat tolok suhu meningkat secara tiba-tiba yang boleh dilihat pada meter kenderaan anda, ia meramalkan terdapat masalah pada fuel pum kereta anda. 
Photo by, Capri23auto, Licenced Via Creative Commons
Walaupun suhu meningkat mungkin juga disebabkan masalay yang lain tetapi selalunya ia merupakan petanda yang jelas, prestasi  fuel pum  semakin kurang dan peru penggantian alai ganti yang baru.

3. Tolok tekanan fuel pump
Anda lihat semula tolok tekanan fuel pump kereta anda adakah minyak pada kereta anda sama dengan tolok tekanan minyak yang boleh dilihat pada meter kenderaan anda. Sekiranya anda mengisi minyak  kereta di dalam minyak yang penuh, meter minyak akan menunjukkan ianya full atau isyarat minyak penuh.

Jika tolok tekanan fuel pump mengalami masalah, meter minyak menunjukkan tahap minyak yang tidak betul . Ini boleh dilihat apabila anda memandu kenderaan anda dan meter minyak akan memberi isyarat minyak penuh dan pada satu ketika pula, ia memberikan isyarat meter minyak anda telah berkurangan.

Sekiranya ini berlaku, anda boleh menghantar kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan  dan sekiranya perlu tukar alat ganti fuel pump yang baru dengan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih buruk berlaku.

4. Kenderaan mengalami kehilangan kuasa
Semasa kereta sedang mendaki bukit ataupun sedang mengangkat sesuatu yang berat, tiba-tiba kereta anda mengalami kehilangan kuasa atau daya pecutan hilang, ini disebabkan fuel pump mengalami masalah disebabkan bahan bakar tidak sepenuhnya ke enjin.

5. Bergerak laju secara tiba-tiba
Semasa memandu kenderaan dengan pemanduan yang normal serta kelajuan yang konsisten, tiba-tiba kereta bergerak laju seolah-olah melonjak ke hadapan sedangkan anda menekan pedal minyak seperti biasa. Ia disebabkan oleh rintangan yang tidak normal di dalam motor pada fuel pump.

6. Mengalami penurunan minyak secara drastik
Tahukah anda, fuel pump  mempunyai injap pelega, jika injap pelega gagal dibuka, lebih banyak bahan api daripada yang diperlukan akan mengalir ke dalam sistem enjin. Apabila kenderaan anda biasanya mendapat perbatuan minyak  yang baik dan kemudian tiba-tiba memerlukan minyak yang banyak, mungkin terdapat kecemasan di bawah hud.

7. Enjin sukar untuk dihidupkan
Bagi pemandu yang mengabaikan tanda-tanda yang dinyatakan ini, selalunya berakhir dengan enjin kereta mereka sukar untuk dihidupkan. Bila fuel pum kenderaan benar-benar rosak, minyak tidak akan dapat disalurkan ke bahagian enjin. - Pepboys.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: May 25, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.