Bagi anda, apa itu trading sebenarnya? Semua orang biasa
dengan istilah "trading". Dalam bahasa Malaysia, trading ini memberi
maskud perdagangan.
Sedar atau tidak, kebanyakan dari kalangan kita telah
berdagang dalam kehidupan seharian, walaupun kita mungkin tidak tahu bahawa
kita telah melakukannya.
Pada asasnya, semua yang anda beli di kedai adalah trading
ataupun perdagangan wang untuk barangan yang anda mahukan.
Selain itu juga, perkataan trading sering digunakan di dalam pelaburan terutamanya melibatkan pembelian saham ataupun perdagangan forex.
Kenali prinsip-prinsip trading / perdagangan
Istilah "trading" memberi maksud "bertukar satu
item untuk yang lain". Kita biasanya akan faham ini sebagai pertukaran barangan demi wang
atau dengan kata lain, hanya membeli sesuatu.
Apabila kita bercakap
mengenai trading di pasaran
kewangan, itu adalah prinsip yang sama dan tidak berubah. Cuba anda fikirkan tentang seseorang yang
berdagang saham.
![]() |
Photo by, 3dman_eu, Licenced Via Creative Commons |
Apa yang
sebenarnya mereka lakukan ialah membeli saham sebuah
syarikat sama ada kecil atau besar saham tersebut. Sekiranya nilai saham tersebut meningkat, maka mereka membuat wang
dengan menjualnya sekali lagi pada harga yang lebih tinggi. Ini adalah trading.
Point adalah, anda membeli sesuatu untuk satu harga dan
menjualnya sekali lagi dan berharap dengan harga yang lebih tinggi, akan membuat keuntungan dan sebaliknya.
Tetapi kenapa
nilai saham naik? Jawapannya mudah, perubahan nilai disebabkan oleh penawaran dan permintaan. Tahukah
anda, semakin banyak permintaan,
semakin ramai orang bersedia membayarnya. Prinsipnya mudah bukan?
Peningkatan terhadap
sesuatu permintaan, akan
memberi impak kepada kenaikan harga
Untuk menerangkan hal ini, kita boleh gunakan contoh
terhadap rutin sehari-hari untuk
membeli makanan. Misalnya ketika anda
berada di pasaraya hanya terdapat hanya 10 biji manggis yang tinggal di gerai
tersebut.
Tempat ini adalah
satu-satunya tempat di mana anda boleh membeli manggis. Jika anda adalah satu-satunya
orang yang hanya mahukan
beberapa manggis, maka pemilik gerai pasaran sudah tentunya memberi kemungkinan akan menjualnya kepada anda
pada harga yang berpatutan.
Baik, sekarang
katakan pula lima belas orang
telah memasuki pasaran dan
mereka semua mahu manggis-manggis yang dijual itu. Untuk memastikan bahawa mereka benar-benar akan
mendapatkannya sebelum yang lain, mereka sanggup membayar lebih untuk mereka.
Oleh itu, pemilik
gerai pasaran boleh meletakkan harga yang lebih bagus, kerana dia tahu bahawa terdapat lebih banyak
permintaan untuk manggis daripada membekalkannya.
Apabila manggis mencapai harga di mana pelanggan fikir ianya terlalu
mahal, mereka akan berhenti untuk membelinya.
Apabila pemilik
gerai pasaran menyedari bahawa dia tidak lagi mampu menjual manggisnya kerana terlalu mahal, dia akan
berhenti menaikkan harga dan ia mungkin kembali ke tahap harga yang
mungkin lebih murah, yang mana pelanggan akan mula membeli lagi manggis tersebut.
Apabila berlakunya peningkatan bekalan bermakna berlakunya penurunan harga
Cuba anda bayangkan semasa pemilik gerai menjual manggis itu
tadi di pasaraya, terdapat seorang lagi penjual manggis telah menjual lebih banyak manggis dan ini sudah tentunya bekalan manggis di pasaraya telah meningkat secara drastik.
Tahukah apa yang akan berlaku? Pemilik gerai kedua mungkin mahu menjual manggis pada harga
yang lebih murah berbanding pemilik gerai pertama untuk menarik pelanggan. Oleh
yang demikian, ini membawa bermaksud bahawa pelanggan mungkin ingin
membeli pada harga yang lebih rendah.
Melihat kepada
situasi ini, kemungkinan pemilik gerai pertama
akan menurunkan harga manggis juga. Berdasarkan kepada senario ini, kenaikan bekalan secara tiba-tiba mengakibatkan harga manggis turun.
Sebagai pengetahuan anda, harga permintaan yang sepadan
dengan penawaran dipanggil "harga pasaran", iaitu tahap harga di mana
pemilik gerai pasaran dan pelanggan bersetuju pada harga dan bilangan manggis yang
dijual. - Learn.tradimo.
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.