Baik, apa itu marketing
? Ia adalah satu proses pelanggan yang berpotensi
untuk menarik pelanggan dalam produk atau perkhidmatan yang diberikan.
Kata kunci dalam
definisi marketing / pemasaran ialah "proses" marketing yang
melibatkan penyelidikan, promosi, penjualan , dan pengedaran produk atau
perkhidmatan yang anda tawarkan.
Sebenarnya,
maksud marketing ini memiliki maksud yang amat luas dan pelbagai difinisi telah
diterangkan atau diulas secara mendalam oleh pelbagai pakar di dalam perniagaan
pemasaran itu sendiri.
Apa yang pasti di
dalam marketing, terdapat elemen asas kepada marketing dan juga digelar sebagai
4P iaitu,
- Pengenalpastian, pemilihan dan pembangunan sesuatu produk.
- Penentuan harga.
- Pemilihan saluran pengedaran untuk mencapai tempat pelanggan.
- Pembangunan dan pelaksanaan strategi promosi.
Mari kita lihat
salah satu contoh pemasaran yang digunakan oleh syarikat gergasi dunia iaitu
Apple.
![]() |
Photo by, Geralt, Licenced Via Creative Commons |
Setiap produk baru yang telah dibangunkan mereka telah memasukkan elemen
aplikasi dan juga sistem yang lebih baik dengan penetapan harga yang
berbeza-beza bergantung kepada keinginan pelanggan, serta dimana produk Apple
itu dijual.
Salah satu
kejayaan besar Apple bagi menggalakan pelanggan untuk membeli produk mereka
adalah, syarikat Apple menggunakan strategi memasarkan produk mereka melalui
pengiklanan melalui television dan juga melalui web.
Marketing adalah
mengenai pemikiran tentang perniagaan iaitu melibatkan dari segi keperluan
pelanggan dan juga kepuasan mereka.
Menurut seorang
profesor yang telah bersara di Harvad Business School yang bernama Theodore C.
Levitt, marketing / pemasaran itu
berbeza dengan menjual. Menurutnya juga, menjual itu mempunyai teknik dan helah
bagi mendapatkan orang ramai untuk membeli produk dengan wang tunai.
Theodore juga
menjelaskan, prinsip marketing tidak peduli dengan nilai-nilai yang
pertukaran itu semua.
Tahukah anda, marketing
itu tidak dapat dilihat dan sebenarnay ia merangkumi keseluruhan proses
perniagaan yang terdiri dari usaha yang bersepadu untuk mencari,
membuat, membangkitkan dan memenuhi keperluan pelanggan.
Dengan maksud
yang lain, marketing itu tidak mempunyai kaitan dengan mendapatkan
pelanggan untuk membayar produk anda kerana ia membangun permintaan untuk
produk tersebut dan memenuhi keperluan pelanggan. - Businessdictionary/ Thebalancesmb -
No comments:
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.