Tips Potong Bulu Hidung Untuk Jaga Penampilan Diri - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Sunday, January 7, 2018

Tips Potong Bulu Hidung Untuk Jaga Penampilan Diri

Penampilan adalah penting untuk anda merasa yakin ketika berada di khalayak ramai, salah satunya yang perlu dijaga adala mengenai bulu hidung anda. Sesetengah orang memiliki bulu hidung yang agak panjang hinggakan bulu hidung atau mereka telah terkeluar melalui lubang hidung mereka.

Hal ini tentunya menjadikan anda kelihatan selekeh di pandangan orang ramai disebabkan anda kurang menjaga kekemasan bulu hidung anda. Bulu hidung amat penting untuk menghalang benda asing masuk ke dalam hidung anda semasa kita bernafas, tetapi pentingnya anda memotong bulu hidung anda agar kelihatan lebih kemas.

Sebagai pengetahuan anda, bulu hidung yang panjang disebabkan oleh hormon di dalam badan anda menjadikan iannya tumbuh dengan subur.

Berikut adalah beberapa tips sebagai panduan untuk memotong bulu hidung anda.

Beli gunting berukuran kecil
Jika anda selalu ke pasaraya, singgah ke kedai yang menjual alat-alat penjagaan diri seperti kedai Watson, The Guardian, ataupun di kawasan Supermarket kerana terdapat banyak gunting yang dikhaskan untuk memotong bulu hidung.
Gunting Bulu Hidung
Gunting Khas Bulu Hidung
Gunting yang dikhaskan untuk memotong bulu hidung adalah hulu gunting adalah rata dan tidak tajam. Ini bermakana anda tidak menghadapi masalah apabila melakukkan pemotongan terhadap bulu hidung anda.

Menggunakan gunting yang bukan dikhaskan untuk memotong bulu hidung (hulu tajam) akan mengakibatkan anda berisiko untuk tersedera disebabkan hulu gunting yang tajam.

Beli cermin muka
Tips yang seterusnya adalah, beli cermin muka yang berukuran kecil untuk dijadikan sebagai kegunaan semasa memotong bulu hidung anda. Cermin muka ini penting untuk memastikan kesemua bulu hidung anda dipotong dengan kemas.

Gunting bulu hidung ukuran pendek
Untuk memotong bulu hidung anda, pastikan anda berada di kawasan yang terang untuk melihat keadaan bulu hidung anda dengan menggunakan cermin yang anda telah sediakan.

Dengan menggunakan gunting pemotong bulu hidung, potong bulu hidung anda secara perlahan-lahan dan pastikan dipotong pendek dan rata hingga tiada lagi bulu hidung yang terkeluar melalui lubang hidung anda.

Selepas anda melakukkan pemotongan bulu hidung anda, pastikan anda melakukkan pembersihan pada lubang hidung anda dengan menggunakan air bersih bagi membuang sisa bulu hidung yang melekat di dalam lubang hidung.

Jangan cabut bulu hidung anda
Ingat, jangan sesekali mencabut bulu hidung anda kerana dikhuatiri ia akan mencederakan hidung anda. Di dalam lubang hidung kita memiliki tisu-tisu yang lembut dan mencabut bulu-bulu hidung anda akan mengakibatkan sel-sel bulu hidung akan rosak.

Selain itu juga, mencabut bulu hidung akan mengakibatkan kesakitan kepada diri anda. Oleh itu, adalah lebih baik memotong bulu-bulu hidung daripada mencabutnya bukan?
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: January 07, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.