Perkhidmatan Grabcar Di Pulau Labuan Jadi Pilihan Utama Student - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Tuesday, January 2, 2018

Perkhidmatan Grabcar Di Pulau Labuan Jadi Pilihan Utama Student

Perkhidmatan Grabcar di Malaysia semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, begitu juga Grabcar di pulau Labuan, ianya menjadi pilihan bagi kebanyakan penduduk di sekitar pulau ini termasuklah student daripada Matriklusi Labuan, UMS Labuan, Sekolah Sains Labuan dan kolej-kolej yang lain.

Semenjak adanya perkhidmatan Grabcar di pulau ini, permintaan kenderaan Grabcar oleh kebanyakan orang ramai terutama student semakin tinggi dan begitu juga pemandu Grabcar yang berdaftar dimana sebelum ini hanya berjumlah kurang dari 500 kenderaan tetapi pada masa kini telah meningkat hingga seribu lebih pemandu yang berdaftar.

Tambang Grabcar yang berbaloi

Mengapa perkhidmatan Grabcar di pulau ini menjadi pilihan utama masyarakat terutamanya pelajar? Ini disebabkan kedudukan pulau Labuan yang begitu kecil dan jarak untuk ke sesuatu destinasi tidak terlalu jauh dan tambang yang dikenakan ditentukan oleh pengurusan Grabcar dan kadar tambang begitu berbaloi sekali.
Grabcar
Cuba anda bayangkan, sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Grabcar daripada Terminal Feri Antarabangsa dan hala tuju anda adalah Ujana Kewangan, jumlah tambang yang dikenakan hanyalah berjumlah RM 3 sahaja.

Begitu juga sekiranya anda daripada Perumahan Taman Mutiara ke Ujana Kewangan, caj Grabcar hanya berjumlah RM 15 sahaja dan ini sudah tentunya caj yang masih boleh dikatakan berbaloi.

Booking Grabcar hanya melalui Android

Seperti yang anda ketahui, sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan Grabcar, anda hanya melakukkan booking melalui telefon pintar anda sahaja. Anda hanya perlu install aplikasi Grabcar melalui Android anda, melakukkan tetapan seperti yang diarahkan dan setelah selesai anda boleh terus  melakukkan tempahan kereta Grabcar.

Perkhidmatan cepat dan terbaik

Pemandu Grabcar di Labuan begitu banyak sekali pada masa ini dan disebabkan oleh itu, wujudnya persaingan di kalangan pemandu Grabcar itu sendiri untuk mendapatkan point agar mendapat tempat untuk mendapatkan pelanggan.

Apa yang pasti, kebanyakan pemandu Grabcar di pulau ini adalah yang terbaik dan memberikan perkhidmatan cepat kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Sesuai bagi mereka yang bercuti

Bagi mereka yang berada di luar pulau ini dan berkeinginan untuk bercuti ke pulau ini, anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan pengangkutan anda kerana terdapat begitu banyak perkhidmatan Grabcar yang berdaftar di pulau ini.

Anda hanya perlu menggunakan hujung jari pada Android untuk melakukkan tempahan dan dengan segera Grabcar yang berhampiran dengan lokasi anda akan segera datang kepada anda memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Posted by Geoffrey Stephen
GeoffreyStephen.com Updated at: 5:00:00 AM

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.