Idea Memaksimakan Jualan Minyak Wangi Secara Online - GeoffreyStephen.com

Latest

Search For Anything Tips Here (360°).

Monday, January 1, 2018

Idea Memaksimakan Jualan Minyak Wangi Secara Online

Adakah anda seorang peniaga minyak wangi atau berniaga minyak wangi secara sambilan untuk menambahkan pendapatan anda? Jika anda inginkan memaksimakan jualan minyak wangi, anda harus mengatur beberapa strategi pemasaran minyak wangi anda agar dapat dijual kepada pelanggan.

Strategi pemasaran melibatkan banyak sumber yang boleh anda gunakan bagi mendapatkan pelanggan yang benar-benar berpotensi untuk membeli minyak wangi anda. Apa yang pasti, menjual minyak wangi haruslah minyak wangi yang benar-benar asli dan bukan minyak wangi daripada produk tiruan. Baca juga artikel ini.

Idea-idea boleh diguna pakai sebagai strategi pemasaran perfume.

Di dalam artikel ini, kita akan belajar bagaimana menggunakan peluang-peluang yang ada untuk menjual perfume kepada pelanggan anda. Walaupun artikel ini ringkas, mungkin ia akan memberikan anda beberapa idea untuk menjadikan anda benar-benar berjaya di dalam perniagaan minyak wangi anda.

Zaman ini adalah zaman teknologi, so kenapa anda tidak menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada bagi memaksimakan jualan minyak wangi anda. Sebenarnya bukan sahaja minyak wangi tetapi apa jua bisnes yang anda lakukkan, tips nya mudah, memaksimakan jualan produk anda melalui online sahaja.

Pemilihan minyak wangi popular

Apa yang paling penting disini, tanya diri anda sendiri, adakah minyak wangi yang anda niagakan kepada orang ramai benar-benar popular dan dicari oleh ramai orang? Orang ramai mencari minyak wangi untuk kegunaan diri sendiri disebabkan produk minyak wangi yang mereka gunakkan mampu bertahan yang dengan jangka yang lama.
Photo by, invisiblesith, Licenced Via Creative Commons
Oleh itu, adalah lebih baik untuk berniaga minyak wangi daripada jenama yang telah bertahan di pasaran berbanding menjual produk minyak wangi yang baru kerana bagi pelanggan yang menjadikan minyak wangi adalah keperluan yang penting bagi diri mereka, tentunya mereka mencari produk minyak wangi yang sudah ada di pasaran.

Walaupun begitu, jika  terdapat produk minyak wangi yang masih baru tetapi iannya berpotensi untuk dibeli oleh orang ramai, anda harus melakukkan pertimbangan dahulu untuk menilai sejauh mana penerimaan orang ramai terhadap produk berkenaan.

Harga minyak wangi harus dijual secara online

Apa yang penting sebelum menjual minyak menerusi online, anda harus menetapkan harga minyak wangi anda dahulu kerana selalunya orang ramai mencari minyak wangi di internet bagi mendapatkan harga yang murah berbanding dengan harga pasaran ataupun harga yang dijual di kedai.

Oleh itu, pastikan minyak wangi yang anda jual, diperolehi menerusi pemborong yang sah dan anda dapatkan dengan harga borong. Apabila anda mendapatkan dengan harga yang murah, anda boleh bersaing dengan penjual yang lain di internet mengenai harga minyak wangi tersebut.

Sekiranya anda mendapatkan minyak wangi daripada orang tengah ataupun ejen, anda sebenarnya akan mengalami kesukaran untuk menjual minyak wangi itu semula kerana orang tengah selalunya memperolehi bekalan minyak wangi daripada pomborong dengan harga yang lebih rendah. Nasihatnya mudah, sebaiknya dapatkan bekalan minyak wangi dengan harga borong.

Penjenisan target pelanggan-pelanggan minyak wangi anda

Di dalam alam maya, kebanyakan pelanggan juga terdiri dari mereka yang mencari minyak wangi yang sama seperti di pasaran biasa. Oleh itu anda harus menargetkan pelanggan anda mengenai pelanggan yang sanggup membayar mahal mengenai minyak wang yang anda ingin jual dan juga menargetkan pelanggan yang mencari minyak wangi dengan hanya mencari produk minyak wangi dengan harga yang murah tetapi minyak wangi yang berkualiti.

Dengan mempelbagaikan jenis minyak wangi dan kualiti minyak wangi itu sendiri mampu menjamin kepada anda kelpelbagaian pelanggan yang datang kepada anda untuk mendapatkan produk minyak wangi yang anda jual.

Sampel minyak wangi begitu penting kepada pelanggan baru

Strategi ini dikhususkan kepada pelanggan yang ingin mengetahui sejauh mana penjenisan produk minyak wangi yang ada anda jual. Mungkin anda boleh menawarkan sampel percuma terlebih dahulu kepada pembeli baru anda bagi pelanggan mengetahui wangian minyak wangi jualan anda tetapi pastikan ditujukan kepada pelanggan yang benar-benar berminat sahaja.

Pastikan adanya tawaran istemewa mengenai harga minyak wangi anda

Pada masa-masa tertentu, anda telah bersedia memberikan tawaran-tawaran istemewa mengenai harga minyak wangi yang anda ingin jual kepada pelanggan tetap ataupun pelanggan baru bagi menjamin keberkesanan jualan minyak wangi anda dan tawaran ini sebenarnya salah satu strategi di dalam perniagaan anda.

Selalunya tawaran boleh dilakukkan pada musim perayaan, hujung tahun baru dan sebagainya untuk anda melakukkan penghabisan stok. Walau begitu pastikan anda masih memperolehi sedikit keuntungan mengenai jualan promosi tersebut. 

Penulisan melalui blog mengenai produk minyak wangi anda

Menulis mengenai minyak wangi melalui blog adalah strategi pemasaran online yang masih relevan sehingga kini kerana sekiranya anda melakukkan penulisan mengenai minyak wangi anda jual, dengan kata kunci yang telah ditentukan oleh anda sendiri, pelanggan akan datang sendiri kepada anda melalui blog anda sahaja.

 Anda lihat sendiri syarikat-syarikat besar yang menjual jualan mereka, mereka mempunyai blog sendiri mengenai produk yang mereka jual dan sudah tentunya pelanggan yang membeli produk-produk mereka mendapatkan maklumat produk melalui blog syarikat produk itu sendiri.

Mengiklankan produk minyak wangi melalui syarikat pengiklan dunia iaitu Adword

Tahukah anda, kebanyakan syarikat-syarikat besar, syarikat persendirian, atau orang-orang persendirian yang telah berjaya menjual produk mereka dengan melalui alam maya dengan hanya Adword sahaja?

Sebagai makluman anda, Adword adalah syarikat pengiklanan gergasi milik Google dan pengiklanan Adword telah tersebar ke seluruh dunia? Mungkin telah tiba masanya anda menggunakan perkhidmatan mereka dan belajar bagaimana sistem mereka bekerja untuk mendapatkan pembeli yang tepat mengenai bisnes minyak wangi anda.

Mengiklankan produk minyak wangi anda melalui web e-dagang popular 

Di Malaysia sahaja, terdapat begitu banyak laman e-dagang yang begitu popular sekali seperti Mudah.com.my, Lelong.com.my, Lazada.com.my, dan banyak lagi  dan  web e-dagang ini dikunjungi oleh berpuluh-puluh ribu orang sehari bagi pembelian pelbagai produk secara online sahaja.

Bukankah itu adalah peluang yang begitu baik kepada anda untuk memaksimumkan jualan minyak wangi anda? Di kebanyakan web e-dagang popular ini menyewakan tapak web-dagang kepada penjual-penjual secara online melalui web mereka sahaja dan anda tentunya tidak mengalami kerugian untuk menyewa tapak web e-dagang mereka kerana pelanggan web begitu sesak dengan pelanggan yang mencari produk-produk yang dijual secara murah di web popular ini setiap hari.

Selain dari itu, sekiranya anda inginkan minyak wangi anda jual pergi ke pasaran dunia, anda boleh mengiklankan minyak wangi anda melalui web-edagang terkenal dunia seperti Amazon, E-bay, dan Alibaba dan pengetahuan anda, transaksi pembelian secara online melalui web ini berbilion dollar sehari dan anda dapat lihat sendiri begitu ramai orang membeli secara online melalui web popular ini bukan?

Mengiklankan produk minyak wangi pelalui Facebook Ads

Mengiklankan produk anda melalui Facebook Ads mempunyai kekuatan yang tersendiri dan anda lihatlah sendiri CEO Facebook iaitu Mark Zukerberg yang telah menjadi antara millionaire dunia. Setiap iklan di Facebook amat dekat dengan pelanggan dan sekiranya anda memohon untuk mengiklan produk minyak wangi anda melalui FB Ads, kebarangkalian untuk mendapatkan pembeli adalah amat tinggi.

Melalui FB Ads, apabila terdapat 'Like' mengenai  produk anda, barulah anda membayar kepada pihak Facebook. Walau begitu pihak pengurusan Facebook telah menetapkan berapakah budget anda berdasarkan jumlah 'Like' yang anda perlukan.

Lain-lain cara memakismakan jualan produk minyak wangi anda

Kita hanya belajar mengenai memksimumkan jualan produk minyak wangi yang benar-benar berpotensi kepada jualan produk anda tetapi, bagi lain-lain cara, anda juga boleh memaksimumkan penjualan produk anda melalui Whatsapps, Instragram, Twitter, YouTube, Live FB, dan lain-lain lagi.

Selain dari itu, anda juga boleh memaksimakan jualan minyak wangi anda dengan menjual kepada kawan-kawan anda dengan harga yang istimewa dan cara ini memerlukan ramai kenalan untuk membolehkan  minyak wangi anda terjual dengan cepat.

Mengiklankan minyak wangi menerusi surat khabar tempatan mungkin idea yang masih relevan untuk memaksimakan jualan minyak wangi anda secara off line. Selain itu juga, mungkin sudah tiba masanya untuk membuka sebuah kedai sendiri bagi minyak wangi anda untuk perniagaan jangka panjang.
Posted by mr geo
GeoffreyStephen.com Updated at: January 01, 2018

No comments:

Post a Comment

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.